Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belum terlintas cari pengganti, Fazura lebih selesa sendirian

Jun 23, 2025 | 1:35 PM
Fazura, fattah amin, cerai
Fazura kini lebih selesa dan tenang menjalani kehidupan sendirian tanpa perlu memikirkan soal pasangan baru. - Foto fail

Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura Sharifuddin, mengakui belum terlintas mencari pengganti biarpun sudah lapan bulan bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Fazura, 42 tahun, berkata meskipun tempoh perpisahan sudah menjangkau lebih setengah tahun, beliau berasakan seolah-olah baru sahaja melalui fasa perceraian, lapor Berita Harian Malaysia.

“Saya tak pernah terlintas nak cari pengganti. Saya rasa terlalu awal untuk fikirkan soal ini kerana rasa macam baru bercerai.

“Memang ramai mendoakan saya agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan saya hargai semua doa ini.

“Tetapi, buat masa ini, fokus saya untuk anak, Nur Fatima, dan perniagaan yang saya usahakan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan muzik video lagu ‘Luar Biasa’, di Kuala Lumpur pada 20 Jun.

Mengulas lanjut, pelakon filem ‘Pisau Cukur’ itu memaklumkan tiada lelaki yang cuba mendekatinya sejak bergelar ibu tunggal.

“Tak ada pun,” jawabnya ringkas sambil tersenyum.

Tambah penyanyi ‘Bisa Apa’ itu, beliau kini lebih selesa dan tenang menjalani kehidupan sendirian tanpa perlu memikirkan soal pasangan baru.

“Sejujurnya, saya gembira, tenang dan lega dengan kehidupan sekarang. Saya rasa selesa dengan keadaan ini, walaupun ada bertanya sama ada saya mahu mencari pengganti.

“Buat masa ini, saya lebih tenang begini dan hanya ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak dan kerjaya,” ungkapnya lagi.

Fazura dan Fattah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 5 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg