Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Edika Yusof nafi ada hubungan istimewa dengan wanita lain

May 14, 2025 | 8:21 PM
Edika Yusof, nafi curang, Edika sah bercerai
Pelakon Malaysia, Edika Yusof berkata dirinya tidak ada rekod curang atau melepaskan tanggungjawab terhadap keluarga sepanjang berumah tangga. - Foto NSTP/BHM

Pelakon Malaysia, Edika Yusof, 58 tahun, menjelaskan tiada hubungan istimewa dengan mana-mana wanita sebagaimana gambar yang tular dalam media sosial sebelum perceraian dengan bekas isteri, Nor Hidayah Yusri, 47 tahun, pada 5 Mei.

Edika berkata, beliau tidak mengenali wanita yang didakwa bergambar mesra dengannya dan gambar berkenaan juga diambil sendiri oleh suami individu itu ketika mereka bertemu dalam satu majlis rumah terbuka.

“Saya memang tiada apa-apa hubungan dengan dia dan saya juga tidak mengenalinya. Kami bertemu ketika majlis rumah terbuka hari raya yang dianjurkan oleh seorang pereka fesyen.

“Dia (wanita itu) yang nak ambil gambar bersama saya dan foto kami juga dirakamkan oleh suaminya sendiri. Anak mereka pun ada bersama dan dia yang lebih dahulu bertanya, saya okey atau tidak jika ingin bergambar?

“Saya kata, okey. Saya layankan sebab kita pun bekerja dalam industri ini (hiburan). Jadi, pada saya ia sekadar ‘have fun’ dan tidak lebih daripada itu kerana dia pun sudah bersuami,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya dirinya yang didakwa sering terdedah dengan gambar bersama wanita seksi di aplikasi Treads, Edika berkata, mereka itu bukanlah wanita seksi.

“Kita ada buat produk ‘skin care’ dan ingin bekerjasama dengan model antarabangsa. Saya sendiri pun adalah seorang model antarabangsa. Jadi, saya tahu komunikasi nak masukkan produk di persada antarabangsa.

“Oleh itu, kadang-kadang saya cuba jugalah (untuk mesra). Itu sahaja, tidak lebih daripada itu. Malah, kalau ada jawapan ‘hi’, kita tengoklah macam mana boleh bekerjasama untuk produk kecantikan.

“Apapun, selama saya berkahwin, tak pernah ada niat pun untuk curang. Saya juga memang tak pernah ada rekod curang dan saya tidak pernah melepaskan tanggungjawab (pada keluarga).

“Saya macam itulah sebab sampai ke hari ini, telefon saya anak pun boleh akses. Tiada nombor pengenalan (password) termasuk nak buka akaun media sosial saya pun boleh. Jadi, tak ada apa-apa isu,” tambah pelakon yang membintangi filem Maria Mariana.

Difahamkan, wanita dikaitkan dengan Edika itu tidak mengiyakan atau menafikan sejauh mana hubungan mereka apabila ada netizen yang bertanya mengenainya menerusi komen di media sosial.

Terdahulu, Edika sah bercerai talak satu dengan Nor Hidayah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia yang meleraikan ikatan rumah tangga selama 22 tahun dibina.

Pasangan itu berkahwin pada 2003 dan selama lebih dua dekad hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, 21 tahun dan Fereena Nurulhaq, 20 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg