Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ellie Suriaty sahut cabaran bawa watak syirik dalam drama ‘Ibu Aji’

Sep 25, 2025 | 9:52 AM
Ellie Suriaty, ibu aji
Pelakon, Ellie Suriaty, cuba menyampaikan pengajaran pada masyarakat dalam drama, ‘Ibu Aji’, melalui paparan watak pengamal agama sesat. - Foto BHM

Membawa watak pengamal ajaran sesat dalam drama terbaru, Ibu Aji, membuatkan hati pelakon prolifik, Ellie Suriaty, berdebar setiap kali perlu menuturkan dialog syirik yang boleh menggugat akidah.

Bimbang andai lafaz itu memberi kesan pada pegangan iman, Ellie, atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar, 55 tahun, mengakui dirinya tidak pernah lupa memanjatkan doa serta memohon keampunan setiap kali sebelum memasuki set penggambaran.

“Setiap kali masuk set penggambaran, saya akan berdoa dan minta maaf kepada Allah banyak-banyak. 

“Saya juga akan minta kelancaran kata-kata, pemikiran dan penyampaian.

“Walaupun berlakon ajaran sesat, Allah tahu niat kita adalah untuk memberi pengajaran supaya penonton tidak mudah terpedaya dengan pengamal ajaran sesat,” kata Ellie dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau ditemui BHM pada tayangan perdana drama, Ibu Aji, di Aurum Theatre, The Exchange TRX, Kuala Lumpur, Malaysia, pada 23 September. 

Menurut Ellie, watak antagonis yang dibawanya bukan sekadar lakonan kosong.

Sebaliknya, ia bertujuan mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap penyelewengan agama yang berlaku di alam nyata. 

“Saya sudah terima kecaman dan dipersoalkan mengapa melakonkan watak seperti ini. 

“Tetapi bagi saya, penonton perlu melihat dari sudut lebih luas.

“Watak antagonis ini adalah cerminan realiti. 

“Seperti kes Ayah Pin dulu, pengikutnya terdiri daripada golongan berpendidikan dan pelbagai lapisan usia.

“Mereka ada agama, tapi bagaimana boleh terpesong?” ujarnya.

Drama Ibu Aji arahan Amor Rizan diinspirasikan daripada kisah benar mengenai seorang wanita yang menyebarkan ajaran sesat kepada penduduk kampung.

Diterbitkan oleh Erma Fatima dan ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi Karya Reels, naskhah itu menampilkan Ellie sebagai pengamal sesat berpengaruh sehingga menjadi ikutan ramai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg