Ernie Zakri sokong minat anak dalam bidang seni

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ernie Zakri sokong minat anak dalam bidang seni

Jan 27, 2026 | 11:45 AM

Ernie Zakri sokong minat anak dalam bidang seni

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ernie zakri, syamel, khawla, bulan bintang
Pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, menyokong minat anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha dalam bidang seni. - Foto INSTAGRAM ERNIE ZAKRI

KUALA LUMPUR: Penyanyi dengan vokal mantap, Ernie Zakri, 33 tahun, mengakui sentiasa menyokong minat serta pilihan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, empat tahun, termasuk dalam bidang seni.

Bagaimanapun, perkara tersebut dilakukan dengan menetapkan batasan demi kebajikan dan perkembangan anaknya itu.

Ernie, atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, yang telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi lagu Lebih Sempurna, Syamel, 32 tahun, sejak 2021, berkata meskipun Khawla masih berumur separuh jagung, anaknya itu sudah menunjukkan kecenderungan terhadap dunia seni, terutama ketika berada di atas pentas.

“Khawla memang masih kecil dan saya tak mahu terlalu ‘push’ (memberi tekanan) terhadap dia.

“Memang tak boleh. Tapi nak buat macam mana, ibu dan ayah dia Ernie dan juga Syamel.

“Namun, Alhamdulillah, saya nampak dia sendiri sangat suka dan menikmati kehidupan seperti ini, terutama apabila berada di atas pentas.

“Dia pernah cakap yang suatu hari nanti mahu berada di atas pentas seperti ibu dan ayahnya.

“Jadi, mungkin itulah juga minat dia,” kata Ernie dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau ditemui BHM pada acara peragaan busana, Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026, di Malaysia, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Ernie, Syamel dan Khawla, dipilih sebagai duta bagi kempen jenama busana Hari Raya popular itu.

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 itu turut memaklumkan sokongan diberikan kepada Khawla selari dengan pengalaman peribadinya yang menerima galakan daripada ibu bapa sejak kecil.

“Saya sendiri dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil dan mula menyanyi pada usia lima tahun.

“Saya bersyukur kerana mereka sentiasa memberi sokongan.

“Jika Khawla memang cenderung ke arah bidang ini, kami sebagai ibu bapa akan cuba memberikan sokongan terbaik juga,” katanya lagi.

Namun begitu, Ernie menegaskan beberapa had ditetapkan bagi memastikan kebajikan dan emosi anaknya sentiasa terpelihara.

“Sudah tentu ada perkara yang kami hadkan, terutama melibatkan kanak-kanak.

“Baru-baru ini, Khawla terlibat dalam penggambaran bersama Bulan Bintang dan ada perkara yang kami ajar lebih awal.

“Kami pesan kepadanya, kalau rasa penat, kena cakap.

“Alhamdulillah, dia sangat komunikatif dan pihak berkenaan juga menghormati perkara itu.

“Ada batasan yang kami tetapkan sesuai dengan usia empat tahun,” ujar Ernie.

Mengulas tawaran kerja yang diterima Khawla, Ernie berkata setakat ini beliau tidak menolak, namun lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan.

“Pada 2026 ini, Khawla menerima beberapa tawaran seperti kempen.

“Sebagai ibu bapa, kami lebih melihat kepada apa yang terbaik untuk pembesaran dia serta persekitaran kerja.

“Setakat ini kami tidak menolak, cuma mengehadkan perkara tertentu.

“Tawaran lakonan mungkin agak sukar buat anak berusia empat tahun kerana jika berada di set, penggambaran boleh mengambil masa seharian,” kongsi Ernie.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg