Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fathia muat naik gambar bersama Aiman, kapsyen boleh cetus kecaman

Teruskan tengkarah bersama pelakon Zahirah MacWilson
Jan 11, 2024 | 2:26 PM
TERUSKAN TENGKARAH: Pelakon Fathia Latiff memuat naik gambarnya bersama Aiman Hakim Ridza, yang kini suami pelakon Zahirah MacWilson, pada 2014 serta keratan akhbar luahan hati aktor itu selepas putus cinta dengannya.
TERUSKAN TENGKARAH: Pelakon Fathia Latiff memuat naik gambarnya bersama Aiman Hakim Ridza, yang kini suami pelakon Zahirah MacWilson, pada 2014 serta keratan akhbar luahan hati aktor itu selepas putus cinta dengannya. - Foto INSTAGRAM FATHIA LATIFF

KUALA LUMPUR: Pelakon Fathia Latiff terus mencuri perhatian apabila mendakwa bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini sudah berkahwin dengan pelakon Zahirah MacWilson masih menyimpan cinta terhadapnya.

Menerusi satu pos terbaru dalam Instagram, Fathia memuat naik gambarnya bersama Aiman yang didakwa dirakam sekitar 2014 dengan kapsyen yang boleh mengundang kontroversi dan kecaman, lapor BH Online (Malaysia).

“Saya tahu anda masih cintakan saya,” tulisnya.

Tidak lama selepas itu, Fathia memuat pula keratan akhbar mengenai luahan hati Aiman selepas putus cinta dengannya.

“Maaf ya bik!” (difahamkan merujuk kepada Zahirah, yang dikatakannya seperti ‘bibik’ ketika satu sesi siaran langsung awal minggu ini).

Namun, ruangan komen untuk kedua-dua hantaran itu ditutup.

Sebelum ini, nama Fathia menjadi bualan ramai selepas beliau mengutuk rupa paras Zahirah seperti bibik, atau pembantu rumah.

Fathia berkata beliau lebih cantik dan bagus daripada Zahirah kerana pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2016.

Selepas Zahirah, Fathia, yang kini bekerja sebagai kerani di sebuah pusat guaman, bergaduh pula dengan bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie.

Lebih panas lagi apabila mereka mengeluarkan kenyataan memburukkan satu sama lain.

Sementara itu, semakan Harian Metro dalam media sosial Aiman dan Zahirah mendapati pasangan selebriti itu tidak mengambil peduli mengenai apa yang dimuat naik Fathia setakat ini.

Malah, mereka memuat naik gambar yang memperlihatkan kebahagiaan mereka bersama anak mereka, Isaac Raees, dua tahun.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Mereka bakal menimang cahaya mata kedua, yang diumum mereka dalam Instagram pada pertengahan Disember lalu.

Aiman dan Fathia menjalin hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2015.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg