Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fattah Amin gelar Amira Othman ‘isteri syurga’

Sep 15, 2025 | 2:06 PM
Pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman, sekitar 9.07 malam pada 14 September lalu.
Pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman, sekitar 9.07 malam pada 14 September lalu. - Foto INSTAGRAM REKA TEEMOR

Selepas berhasil menukarkan status hubungan daripada ‘rakan sekerja’ kepada ‘rakan serumah’ sekali gus menamatkan zaman dudanya, kebahagiaan jelas terpancar di wajah pelakon, Fattah Amin, 35 tahun.

Tarikh 14 September menjadi detik penuh makna dan bersejarah bagi pelakon drama ‘hit’, Suri Hati Mr Pilot itu apabila selamat diijabkabulkan penyanyi, Amira Othman, 31 tahun, selain menyambut ulang tahunnya yang ke-35.

“Sebelum ini, saya suka panggil dia (Amira) bakal isteri syurga. Sekarang, isteri syurga pula.”

Begitulah jawapan Fattah, atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, yang ditanya tentang panggilan istimewa buat isteri, Amira, sewaktu ditemu ramah pengacara, Awal Ashaari, usai majlis pernikahan.

Fattah yang selamat diijabkabulkan dengan Amira, sekitar 9.07 malam pada 14 September, tampak malu-malu ketika diajukan soalan berkaitan panggilan istimewa buat insan tersayang itu.

Malah, ketika diminta menitipkan ucapan istimewa buat isteri, Fattah mengakui segan. 

Sebaliknya, Fattah memberitahu, biarlah kata-kata indah itu diucapkan secara peribadi kepada Amira, atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman.

“Sebelum akad nikah, saya memang berdebar. 

“Selepas selesai akad, barulah rasa okey sikit. 

“Terima kasih sekali lagi atas doa kalian, doakan perkahwinan kami sampai hingga ke Jannah,” kata Fattah dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM).

Sementara itu, Amira berkata, beliau seolah-olah tidak percaya ketika mendengar lafaz ijab dan kabul daripada suaminya. 

Sangkanya, lafaz itu adalah latihan sebelum detik sebenar.

“Saya rasa berdebar dan macam tidak percaya, tetapi, bersyukur. 

“Cuma ketika Fattah lafaz, saya fikir dia berlatih. 

“Sebab itulah muka saya seperti tiada reaksi. 

“Rupa-rupanya, lafaz itu sudah sah,” kata Amira.

Di samping itu, Amira mengakui tidak pernah terlintas atau terfikir bahawa beliau akan berkahwin.

“Allah yang Maha Mengetahui. Dia yang menyusun perjalanan ini. Alhamdulillah, semua sudah tertulis.

“Saya hendak ucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir jauh-jauh untuk bersama meraikan saya dan Fattah. 

“Moga yang baik-baik untuk kalian. Saya doakan yang baik untuk anda semua,” katanya lagi.

Dalam majlis perkahwinan itu, Amira sempat membuat kejutan untuk suami tercinta apabila menghadiahkan kek berbentuk hati sempena hari jadi Fattah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg