Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fazley jaga hubungan dengan bekas isteri, demi anak

Apr 5, 2025 | 5:30 AM
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, tetap sambut Aidilfitri dengan meriah bersama anak walaupun sudah bergelar bapa tunggal pada 2024. Satu-satunya anak perempuan dan yang bongsu tiada dalam gambar. Keempat-empat anaknya berusia antara lapan dengan 16 tahun.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, tetap sambut Aidilfitri dengan meriah bersama anak walaupun sudah bergelar bapa tunggal pada 2024. Satu-satunya anak perempuan dan yang bongsu tiada dalam gambar. Keempat-empat anaknya berusia antara lapan dengan 16 tahun. - Foto INSTAGRAM FAZLEY YAACOB

Lebaran buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46 tahun, tetap disambut meriah, biarpun beliau kini bergelar bapa tunggal selepas berpisah dengan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz, pada Oktober 2024.

Mengakui janggal dengan gelaran duda, Fazley bersyukur anak-anak masih boleh meraikan hari mulia bersama ibu dan bapa mereka.

Beliau turut mengakui, selepas 18 tahun meraikan Aidilfitri dengan keluarga, baru pada 2025, beliau berasa sedikit kehilangan selepas berpisah dengan Azrene.

“Biarpun sudah tidak tinggal sebumbung, kami pastikan anak-anak tidak rasa kesan perpisahan ini. 

“Kami masih merancang untuk balik kampung bersama, pakaian raya kami juga sedondon iaitu warna ungu. 

“Azrene juga ada hubungi saya sebab hendak tumpang masak rendang hati dan limpa serta lontong untuk kami dan ibu saya. 

“Perceraian tidak bermakna kami buang semua tradisi yang pernah kami lakukan sepanjang 18 tahun hidup bersama,” lapor Fazley kepada laman Berita Harian Malaysia (BHM).

Fazley menambah, demi menjaga perasaan anak-anak, beliau dan Azrene masih melakukan rutin – sama seperti ketika masih menjadi suami isteri, meskipun menjaga batasan kerana masing-masing bukan lagi muhrim.

“Tiada apa yang berubah. Kami masih berada dalam kumpulan WhatsApp yang sama. 

“Ada masa kami keluar berbuka puasa sama-sama...

“Saya kena tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Kalau saya tidak hormat ibu mereka, macam mana anak-anak mahu hormat ‘syurga’ mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fazley perlu menerangkan kepada anak-anak bahawa ibu dan bapa mereka sudah tidak boleh tidur sebilik atau berjumpa di tempat sunyi.

“Sebelum ini, ada isteri yang akan siapkan saya dan anak pada pagi Raya, tapi kali ini tiada,” ujar Fazley yang mendirikan rumah tangga bersama Azrene pada 2007.

Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16 tahun; Ahmad Fieradz Shah, 15 tahun; Ahmad Fierudz Shah, 14 tahun, dan anak perempuan, Alayna Selma, lapan tahun.

“Selalunya, malam raya kami memasak ramai-ramai sampai pagi. 

“Sekarang sudah tidak boleh nak buat begitu,” katanya, yang tidak menafikan pada awal perpisahan, sukar hendak menjaga hubungan baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg