Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fikry dakwa isteri ke mahkamah untuk tarik balik tuntutan cerai

Jun 20, 2025 | 12:52 AM
Fikry Ibrahim mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan, hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi 19 Jun bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan, pada Mei.
Fikry Ibrahim mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan, hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi 19 Jun bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan, pada Mei. - Foto fail

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan, hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi 19 Jun bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan, pada Mei.

Fikry mempertahankan rumah tangga bersama Siti Khalizah yang dinikahi pada 12 Januari lalu, dengan menyatakan mereka bahagia dan saling sayang-menyayangi.

“Apa saya boleh cakap tidak ada masalah pada pihak dia dan tiada perbuatan daripada saya... Biasalah, rumah tangga kadang kala ada pasang surut.

“Saya ada terbaca konon isteri tidak duduk dengan emak saya. Macam kalian pula yang duduk dengan kami.

“Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadangkala, dia ikut saya pergi Kuala Lumpur,” katanya dalam program Melodi yang disiarkan TV3 secara langsung, pada 19 Jun.

Awal sebelum itu, Siti Khalizah dilaporkan hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9.40 pagi.

Peguam syarie yang mewakili Siti Khalizah, iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, dilaporkan mengesahkan anak guamnya memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman dengan suami.

Wan Muhammad Afiq yang ditemui selepas selesai sebutan pertama tuntutan dan permohonan cerai itu dilaporkan berkata, prosiding akan bersambung pada 10 September ini.

Sementara itu, Siti Khalizah yang tampak sayu, ketika ditemui wartawan, enggan mengulas lanjut mengenai permohonan cerai di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang difailkan pada Mei lalu.

Fikri mendakwa, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan meminta agar prosiding menarik balik permohonan cerai yang difailkan Siti Khalizah, Mei lalu, ditangguhkan kepada tarikh lain.

“Isteri saya datang ke mahkamah untuk menarik semula kes. Mahkamah minta tangguh kepada satu tarikh kerana tidak mahu dilihat (usaha tarik balik permohonan cerai) seperti mempermainkan Mahkamah Syariah.

“Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik. Saya akan pertahankan keluarga selagi mana mampu,” dakwanya lagi, sebagaimana yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg