Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah tangga Fikry Ibrahim berantakan hingga isteri minta cerai?

Jun 19, 2025 | 10:55 AM
Fikry Ibrahim, Khalizah Alihan, tuntut cerai
Rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, yang baru dibina empat bulan lalu (Februari) kini goyah apabila isterinya, Khalizah Alihan, memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, - Foto INSTAGRAM KHALIZAH ALIHAN/KOSMO!

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, yang baru dibina empat bulan lalu (Februari) kini goyah apabila isterinya, Khalizah Alihan, memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Siti Khalizah Alihan, 37 tahun, hadir ke mahkamah sekitar 9.40 pagi dengan persalinan serba hitam, pada 19 Jun.

Peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib, mengesahkan mengenai sebutan kes perceraian hari ini selain memberitahu tidak pasti mengenai kehadiran Fikry.

“Ya, tapi saya tak nampak dia lagi,” kata peguam, Wan Muhammad Afiq ketika bertanya mengenai kehadiran Fikry, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian telah berlangsung 9 pagi, 19 Jun, di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu.

Majlis pernikahan berlangsung secara tertutup, namun ia tersebar apabila jurusolek berkongsi beberapa foto memperlihatkan Fikry bersama Siti Khalizah.
Fikry pernah berkongsi, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti.

“Bukan mahu merahsiakan perkahwinan, tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi,” katanya menerusi program Melodi yang dikendalikannya bersama Ain Edruce.

Mengulas dakwaan seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya kelihatan seperti tidak rela, Fikry menyangkal tanggapan berkenaan.

Fikry berkata, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir mengenai tanggungjawab semakin berat yang bakal dipikulnya.

Katanya, walaupun sudah bergelar suami, namun, perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg