‘Happy Raya’ bangkit semangat sambut Lebaran penuh ceria
Pengguna Berdaftar
‘Happy Raya’ bangkit semangat sambut Lebaran penuh ceria
Tiga bakat S’pura sisip pesan kunjung-mengunjung, lupakan sengketa dalam lagu rege Raya
Mar 27, 2025 | 5:30 AM
(Dari kiri) YK Young Khalifa, Eriy Ryzale dan Pat Machima menyatukan semangat untuk menghasilkan lagu rege Raya yang rancak dengan suntikan ‘hip-hop’ dan pop dalam ‘Happy Raya’. - Foto AMYR ABADAWN
Secara kebetulan, timbul idea bagi tiga bakat Singapura untuk merakam lagu Lebaran, Happy Raya, setelah mereka bekerjasama dalam lagu berentak rege ciptaan Amyr Abadawn, Rumba.
Dengan awal Ramadan bakal disambut ketika itu, Pat Machima, YK Young Khalifa dan Eriy Ryzale, sehati sejiwa terpaku dengan irama rege yang diperdengarkan Amyr dan nampak sesuai dijadikan lagu Raya rancak penuh kesegaran.
Laporan berkaitan
‘Dansa Raya’ satukan 4 individu ‘kaki nyanyi’Mar 14, 2025 | 9:29 PM
Semangat juang 20 tahun martabatkan seniMar 7, 2025 | 5:29 PM

