Sebagai ibu ‘cemburu buta’, Atikah Suhaime enggan renggang dengan anak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebagai ibu ‘cemburu buta’, Atikah Suhaime enggan renggang dengan anak

Pelakon filem ‘My Stupid Boss’ tanam nilai hidup sederhana, tak ingin anak ‘hanyut’ dalam kemewahan
Feb 1, 2026 | 5:30 AM

Sebagai ibu ‘cemburu buta’, Atikah Suhaime enggan renggang dengan anak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
atikah suhaime, pelakon, ibu
Pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime, akur berubah menjadi individu yang lebih matang setelah bergelar seorang ibu kepada anak perempuan, Lyla Mulan Teh Lokman Teh, yang baru berusia setahun. - Foto INSTAGRAM ATIKAH SUHAIME

Sebagai ibu buat kali pertama, pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime, 34 tahun, terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran, malah sukar berpisah seketika dengan anak perempuannya, Lyla Mulan Teh Lokman Teh, yang baru berusia setahun.

Mulan merupakan anak hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh Mohd Kamal Teh, selepas mereka bernikah pada 21 Januari 2024.

Adakah benar Atikah, atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, seorang ibu yang bukan sahaja tidak sanggup berjauhan dengan Mulan, malah mudah cemburu?

“Saya cemburu melihat Mulan dengan pengasuhnya dan kadang-kadang juga cemburu melihat dia bersama suami saya. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisinya.

“Saya mahu memastikan saya ada dalam setiap fasa perjalanan hidupnya kerana dia masih kecil. Apabila dia sudah membesar nanti, saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Mungkin, seperti sesetengah anak lain termasuk diri saya sendiri, apabila sudah dewasa, hubungan dengan ibu menjadi lebih renggang.

“Saya sendiri, apabila membesar, cenderung menjauhkan diri daripada ibu.

“Saya sedar perjalanan ini masih panjang, jadi saya mahu menghargai setiap detik bersama Mulan selagi masih ada peluang,” kata Atikah kepada Berita Minggu (BM).

Beliau ditemui wartawan BM di kafe Zus Coffee di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Setelah bergelar ibu, Atikah akur dirinya berubah menjadi individu yang lebih matang, sekali gus membuka matanya terhadap perjuangan yang dilalui oleh para ibu lain di sekelilingnya.

“Dulu, saya langsung tiada empati. Fikiran saya hanya fokus pada kerja.

“Malah, saya pernah memarahi kakitangan saya sendiri yang mengambil cuti sakit kerana anaknya tidak sihat.

“Ketika itu saya berkata, ‘Anak awak sakit, itu masalah awak, bukan masalah saya. Awak sepatutnya uruskan perkara itu.’

“Saya juga berpegang pada prinsip tiada anak dibenarkan di tempat kerja.

“Namun, selepas bergelar ibu, perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Saya sedar betapa kerasnya sikap saya sebelum ini terhadap kakitangan saya.

“Ironinya, kini saya sendiri yang membawa anak ke pejabat, walaupun pernah menetapkan peraturan anak kecil tidak dibenarkan berada di tempat kerja,” ceritanya, yang turut membantu menguruskan syarikat ubat gigi Zaitun, milik keluarga suaminya, Datuk Lokman.

Mengimbau kembali peristiwa membabitkan Mulan terjatuh dari buaian elektronik, detik itu menjadi antara pengalaman yang mengerikan bagi Atikah.

Namun, ia menyedarkan dirinya kepentingan sokongan keluarga dan keperluan menjaga kesihatan mental seorang ibu.

“Saya hanya meninggalkannya seketika sekitar lima minit untuk menunaikan solat Asar, dan ketika itu ada pengasuh yang menjaganya.

“Apabila kejadian itu berlaku, saya benar-benar tertekan dan panik.

“Mujurlah, ibu mentua saya ada di sisi untuk menenangkan keadaan.

“Beliau meyakinkan saya perkara sebegini adalah biasa, malah berkongsi suami saya sendiri pernah melalui pengalaman yang lebih teruk ketika masih kecil, berbanding Mulan yang hanya alami luka ringan.

“Beliau turut mengingatkan agar saya tidak terus-menerus menyalahkan diri sendiri.

“Malah katanya, anak kecil yang tidak melalui pengalaman sebegitu seolah-olah tidak menikmati zaman kanak-kanak yang sebenar.

“Kata-kata itu memberi keyakinan inilah lumrah kehidupan,” ujar pelakon filem My Stupid Boss itu.

Ditanya BM pula tentang sambutan Hari Raya di Singapura, Atikah akur kediamannya sentiasa meriah tanpa henti.

Diumpamakan seperti sebuah ‘restoran’, rumah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) milik ibu bapanya sekitar Tampines tidak pernah ketandusan hidangan istimewa Aidilfitri selain sentiasa menerima kunjungan sanak saudara yang hadir mengeratkan silaturahim.

Kemeriahan inilah yang ingin dikongsi Atikah bersama Mulan, apatah lagi suasananya mungkin berbeza berbanding sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur, yang mana semua persiapan dan hidangan Aidilfitri lengkap disediakan.

“Ibu saya memang pandai memasak.

“Biasanya orang akan berkumpul di rumah saudara yang lebih tua, tapi bagi keluarga saya, semua orang lebih suka datang ke rumah ibu kerana masakannya.

“Setiap kali Hari Raya, rumah kami memang macam restoran.

“Bila nasi habis, kami tambah. Air habis, isi semula. Tetamu sentiasa datang dan pergi.

“Itulah pengalaman yang saya mahu Mulan rasakan, sesuatu yang mungkin sukar diperolehi di Malaysia,” kongsi Atikah penuh ghairah.

Pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit itu sentiasa menekankan kepentingan hidup dalam kesederhanaan, khususnya dalam fasa Mulan kian dewasa.

Kerana itu, Atikah tidak lupa akan asal-usulnya sebagai anak Kota Singa yang pernah melalui detik-detik sukar dalam kehidupan serta menghadapi cabaran ekonomi keluarga, berbanding keadaan kini yang jauh lebih stabil.

“Suami saya sudah biasa dengan kehidupan yang senang, manakala saya pula membesar dalam keluarga biasa di rumah flat di Tampines.

“Saya mahu Mulan faham, dalam hidup ini, tidak penting apa orang panggil atau kata tentang kita.

“Kejayaan adalah yang utama, dan ia hanya boleh dicapai melalui disiplin,” kata Atikah lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg