Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu Siti Nurhaliza berangkat tunai haji

May 14, 2025 | 4:54 PM
Ibu Biduanita Negara Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza (kanan) iaitu Siti Salmah Bachik (tengah) bakal ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima pada 2025.
Ibu Biduanita Negara Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza (kanan) iaitu Siti Salmah Bachik (tengah) bakal ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima pada 2025. - Foto INSTAGRAM CTDK

Ibu kepada Biduanita Negara Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Salmah Bachik selamat berangkat ke Makkah, Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Haji, pagi 14 Mei.

Berita gembira itu dikongsi Datuk Siti menerusi satu hantaran di Instagram dan memohon doa orang ramai agar ibunya dan jemaah lain dipermudahkan segala urusan serta dilindungi sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Alhamdulillah, Subuh tadi Mak Salmah berangkat menunaikan fardu haji. Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji.

“Syukur, segala urusan pendaftaran berjalan lancar. Terima kasih Lembaga Tabung Haji kerana memudahkan urusan jemaah semua,” tulis penyanyi lagu Seindah Biasa itu.

Menjengah ke akaun Instagram Datuk Siti, beliau dilihat menghantar ibunya ke Movenpick Hotel and Convention Centre Kuala Lumpur International Airport (KLIA), di mana jemaah Tabung Haji berkumpul sebelum berangkat ke Makkah. Datuk Siti turut ditemani suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Dalam masa yang sama, Datuk Siti turut menitipkan doa khas buat ibunya dan seluruh jemaah agar dikurniakan kesihatan baik serta mendapat Haji yang mabrur, lapor Harian Metro.

“Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji, mendapat haji mabrur dan selamat pergi dan kembali.

“Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji,” katanya.

Selain ibu Datuk Siti, pelakon dan jelitawan Bella Dally turut berkongsi di media sosial beliau dan suami bakal menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2025.

Ibadah haji dijangka berlangsung daripada 4 hingga 9 Jun, dengan kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji bagi jemaah Malaysia untuk 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg