Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Intan Najuwa nafi ‘lakon’ kegiatan kehidupan harian di media sosial

Jul 25, 2025 | 2:53 PM
Intan Najuwa, pelakon, media sosial
Pelakon Malaysia, Datin Intan Najuwa, menafikan sanggup ‘melakonkan’ semula kegiatan harian demi ingin menayangkan kemewahan di media sosial. Pada Disember 2024, beliau dikurniakan cahaya mata bernama Imane Lunara. - Foto INSTAGRAM INTAN NAJUWA

Pelakon Malaysia, Datin Intan Najuwa, 27 tahun, menjelaskan apa yang dipaparkan dalam akaun media sosial miliknya adalah kenyataan kehidupan diri dan keluarga, bukan kandungan yang sengaja direka untuk tatapan pengikut hingga tular.

Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, itu menafikan sanggup ‘melakonkan’ semula kegiatan harian semata-mata ingin menayangkan kemewahan kepada pengikut di pelantar media sosial.

“Apa yang pengikut nampak dalam media sosial adalah hakikat kehidupan saya, bukan lakonan. 

“Contohnya, tolak ‘stroller’ (kereta sorong bayi) atau pura-pura tarik langsir.

“Semua itu adalah perkara yang dilakukan secara spontan, bukan saya atau pembantu yang melakonkan. 

“Apa yang dikongsi, itulah yang terjadi depan mata. Semua ini semata-mata untuk berkongsi kehidupan saya sebagai isteri dan ibu.

“Saya harap pengikut tidak salah anggap.

“Sebaliknya, lihatlah perkongsian saya dari sudut positif,” kata Intan, dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau ditemui BHM pada majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa anjuran syarikat Inayah Beauty, di Malaysia pada 18 Julai lalu.

Sebelum ini, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Pada 15 Disember tahun lalu (2024), Intan berkongsi mengenai kelahiran anak perempuannya, Imane, melalui satu hantaran media sosial.

Intan yang juga pelakon drama Jesnita itu memberitahu beliau sudah lama berkongsi kegiatan harian dalam media sosial sejak zaman anak dara lagi.

“Saya hendak gembirakan diri sendiri. 

“Selain itu, itulah cara saya berhubung dengan pengikut media sosial,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kecenderungan membalas kecaman yang dilayangkan pengikut dalam media sosial, Intan berkata, apa yang dilakukan bukanlah bermaksud dirinya melenting, sebaliknya sekadar mengusik netizen.

“Bagi saya, mudah sahaja. Untuk jadi insan yang tenang, saya tidak suka fikir soal ‘haters’ atau kutukan dan kritikan dilemparkan kepada saya.

“Kalau baca semula, saya tidak balas kecaman dalam keadaan marah. Saya hanya bergurau. Kalau asyik melayan komen negatif, ia tidak akan habis,” kata Intan.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kerjaya lakonan, Intan mengakui masih menerima tawaran. 

Bagaimanapun, buat masa ini, Intan keberatan meninggalkan Imane, atau lebih mesra dikenali Luna, biarpun mengupah pembantu dan jururawat peribadi.

Intan berkata beliau mungkin memikirkan dengan serius soal kembali ke set penggambaran apabila Imane sudah berusia setahun.

“Rindu untuk berlakon mesti ada. 

“Baru-baru ini, saya tonton semula drama Jesnita dan Kekasih Paksa Rela, hati jadi berbelah bahagi,” kata Intan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg