Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kayda Aziz ikut pesan nenek dalam pilih jodoh

Jun 18, 2025 | 6:17 PM
Kayda Aziz, tunang, anak Sheila Majid
Rupa bukan ukuran bagi penyanyi, Kayda Aziz (kiri), yang tertarik pada budi baik dan sikap penyayang tunangnya, Muhammad Syafiq Othman, yang dikenali sejak 2023. - Foto INSTAGRAM KAYDA AZIZ

Penyanyi irama ‘hip hop’, Kayda Aziz, yang juga anak sulung Datuk Sheila Majid, tertarik pada sikap penyayang dan baik budi tunangnya, Muhammad Syafiq Othman, sehingga membuatkannya yakin memilih jejaka berkumis tersebut sebagai bakal suami.

Kayda, atau nama sebenarnya, Wan Nur Khaleda Roslan, 34 tahun, berkata perkenalan dengan Muhammad Syafiq, 35 tahun, sejak 2023 itu bermula sebagai kenalan biasa.

“Saya berkenalan menerusi kawan. Rupanya ramai kawan sudah lama kenal Muhammad Syafiq, tapi kami tak pernah bertemu.

“Jadi, masa kami berjumpa, saya peliklah kenapa ramai orang suka berkawan dengannya. Bila sudah kenal lama barulah saya tahu kenapa. Dia seorang yang sangat baik,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Kayda, malahan, turut merasakan susah menemui jejaka yang memiliki hati baik pada zaman sekarang.

“Sekarang, jarang sangat nak jumpa lelaki betul-betul baik dan pemurah. Dia rajin, bertanggungjawab dan sangat boleh dipercayai.

“Saya juga tengok macam mana dia melayani dan sentiasa ada di samping keluarganya.

“Sebenarnya, itu yang buat saya lebih tertarik. Nenek saya ada berpesan kalau nak cari pasangan, kena cari orang yang baik.

“Jadi, dialah orang yang saya cari selama ini. Saya tengok kepada perwatakan seseorang, kemudiannya etika kerja. Rupa paras bukanlah keutamaan, tapi bagi saya, dia tetap kacak,” katanya berseloroh.

Mengenai perancangan majlis perkahwinan, Kayda berkata, belum ada tarikh ditetapkan lagi kerana masih banyak proses yang belum selesai.

“Insya-Allah, mungkin tahun depan (2026). Saya kena pergi kursus kahwin, hantar dokumen, tempah masjid, tunggu pengesahan imam atau tok kadi dan banyak lagi perkara yang perlu diuruskan.

“Tahun depan, mungkin awal tahun sebelum Aidilfitri atau mungkin selepas. Semuanya bergantung kepada ketentuan Allah,” katanya lagi.

Mengulas cabaran perkahwinan, Kayda berkata, beliau masih dalam keadaan yang baik berkat sokongan dan dorongan ahli keluarga dan rakan.

“Keluarga sangat memberi sokongan, tapi saya sedikit bimbang sebab saya ada juga dengar cerita kawan-kawan yang proses nak nikah agak rumit.

“Tapi, dengan sokongan keluarga, saya yakin semua akan dipermudahkan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg