Meskipun sudah banyak mencipta lagu daripada pelbagai genre selama lebih 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni, komposer dan penyanyi Singapura, Diana Nazyra, tetap bersemangat dan tersentuh apabila mencipta lagu Hari Raya.

Kalau buat kuih Raya menjadi perkara wajib bagi sesetengah individu, wajib juga bagi Diana, 45 tahun, juga seorang guru vokal, menghasilkan lagu Lebaran yang dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.