Daripada mengikat rambut anak perempuannya sebelum ke sekolah, melayan kerenah bermain masak-masak, sehinggalah menemaninya berbasikal di kolong blok – semua itu menjadi detik kecil yang cukup bermakna buat penyanyi tempatan, Danial Baharin.

Bagi Danial, atau nama sebenarnya, Nur Muhammad Danial Baharin, 38 tahun, kebahagiaan sebagai bapa tidak semestinya hadir menerusi pemberian hadiah mahal atau percutian mewah, sebaliknya melalui masa dan perhatian yang dicurahkan kepada puteri sulungnya, Luna Nayla Nur Muhammad Danial, tiga tahun.