Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mimifly ada ulser di tekak disebabkan persembahan tak henti-henti

Apr 17, 2025 | 8:53 PM
Disebabkan kejayaan lagu ‘Angkat’ dan ‘Serumpun’, penyanyi Malaysia, Mimifly tidak henti-henti buat persembahan sejak Januari.
Disebabkan kejayaan lagu ‘Angkat’ dan ‘Serumpun’, penyanyi Malaysia, Mimifly tidak henti-henti buat persembahan sejak Januari. - Foto fail

Kejayaan luar biasa lagu Angkat dan Serumpun membuat jadual seni penyanyi Malaysia, Mimifly penuh sehingga Jun 2026.

Mimifly atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 38 tahun, berkata undangan persembahan hampir setiap hari membuatkannya kurang rehat sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatan.

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu bersyukur atas sambutan luar biasa sekian lama namanya agak mendatar.

“Akibat memakan makanan terlalu berasid, tekanan dan tidak cukup tidur, saya berhadapan dengan ‘acid reflux’, ia seperti gastrik. Sekarang, ada lebih lapan ulser di tekak saya.

“Saya tak sempat rehat sebab banyak undangan persembahan. Takkan nak merungut, tapi jujurnya saya tidak ‘stop’ sejak lagu Angkat keluar sejak Januari. Setiap hari, ada sahaja undangan, hari ini sahaja ada empat.

“Jadi, saya terpaksa minta maaf ketika buat persembahan, tapi keadaan kesihatan saya kini bertambah baik,” katanya kepada Berita Harian Malaysia. (BHM)

Mimifly mengakui, ini adalah kali pertama menerima undangan persembahan tanpa putus-putus mengalahkan One Nation Emcees.

“One Nation Emcees pernah menerima sambutan sebegini ketika lagu Anak Kampung, tapi itu bersama kumpulan, sekarang saya seorang.

“Saya rasa ini semua rezeki, saya tak mahu merungut sebab ini semua saya yang minta. Tidaklah mahu cakap penat sebab saya suka buat persembahan, ia suatu yang saya rindukan sepanjang empat tahun menyepi.

“Saya memang seronok, hari-hari pun saya sanggup. Ini juga pengalaman dan perjalanan yang saya belajar,” katanya.

Terdahulu, video muzik bagi lagu raya Serumpun ciptaan Mimifly dan Cuurley itu sudah mencecah 8.4 juta tontonan sejak dimuat naik pada 19 Mac lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg