Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Misi kayuhan ke Madinah: Amar Baharin ingin fokus ibadah sebelum pulang ke M’sia

Jun 2, 2025 | 4:31 PM
Amar Baharin yang berada di Madinah selepas selesai menjayakan misi kayuhan #JourneyToTanahHaram bersama penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin, Khamis lalu mahu merebut pahala sempena Zulhijah.
Amar Baharin yang berada di Madinah selepas selesai menjayakan misi kayuhan #JourneyToTanahHaram bersama penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin, Khamis lalu mahu merebut pahala sempena Zulhijah. - Foto INSTAGRAM AMARBAHARIN

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin, 40 tahun, menggunakan kesempatan berada di Madinah untuk beribadah sebelum pulang ke tanah air, Jumaat ini.

Amar yang berada di Madinah selepas selesai menjayakan misi kayuhan #JourneyToTanahHaram bersama penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin, Khamis lalu mahu merebut pahala sempena Zulhijah.

“Setakat ini, saya hanya ada ‘appointment’ berjumpa Allah sahaja, sebab 1 hingga 10 Zulhijah adalah hari luar biasa.

“Kebetulan berada di Tanah Haram dan pahala berlipat ganda jadi saya nak gunakan kesempatan itu beribadah sepuasnya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, ditanya apakah beliau akan kembali ke set sebaik pulang ke tanah air, Amar berkata beliau akan berehat terlebih dahulu.

“Saya mahu berehat dulu, setakat ini belum ada perancangan untuk kembali bekerja dalam waktu terdekat.

“Lagipun, sudah lebih sebulan saya meninggalkan isteri dan anak-anak, jadi saya nak luangkan masa bersama mereka,” katanya lagi.

Misi kayuhan bersama Qobin bermula pada 27 April lalu sepatutnya berakhir pada Julai depan.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa negara yang menutup sempadan akibat peperangan seperti India dan Pakistan, tempoh kayuhan itu selesai sebulan lebih awal.

Amar dan Qobin dilepaskan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan mereka memulakan kayuhan di Padang Besar, Perlis pada 27 April lalu melalui Thailand, Iran, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Selain berbasikal, kembara sejauh 8,000 kilometer itu turut membabitkan penggunaan kenderaan darat dan udara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg