Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Mizz Nina bersanding di KL selepas 2 bulan nikah di Amerika

Sep 10, 2023 | 05:31 AM



Dua bulan selepas melangsungkan pernikahan, penyanyi dan aktivitis kemanusiaan, Mizz Nina, melangsungkan majlis resepsi bersama suaminya, Essam Muhammad, seorang rapper Amerika, dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat pada 3 September lalu.


Majlis pernikahan bersama suaminya dipercayai diadakan di Amerika Syarikat, manakala majlis resepsi dipercayai diadakan di Boathouse, Ampang.

Menerusi foto yang dikongsi Instagram jurusolek Fazz Ariffin memaparkan beliau menata rias Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, buat majlis resepsi itu, menurut laporan laman MStar.


Pada malam itu juga, Nina, 43 tahun, mengenakan persalinan berona putih rekaan Ezzati Amira sedondon dengan jubah yang digayakan Essam.

Sementara itu, salah seorang rakan Nina berkongsi majlis tersebut di Instagram selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Menerusi video Instagram itu, senyuman tidak lekang daripada wajah Nina dan Essam sambil menyapa tetamu yang hadir.

Menerusi Instagram, Mizz Nina pernah meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia takdir terindah yang ditentukan Allah swt, menurut laporan akhbar, Harian Metro pula.


Kata Mizz Nina menerusi Instagram:

“Bismillahirahmanirahim..Alhamdulilah, segala puji bagi Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua. 

“Insya-Allah, kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama,” katanya. 

Mizz Nina menjelaskan tujuan ikatan itu terjalin berlandaskan iman kerana Allah swt.


“Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan. 

“Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga,” katanya. 

Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, sebelum menfailkan perceraian pada 14 Jun 2022. 

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >