KUALA LUMPUR: Memuat naik video yang didakwa monolog musim kedua bagi karakter terbaharu dibawa, Nabila Huda, 40 tahun, sekali lagi menarik perhatian netizen apabila mempertahankan individu yang tidak dinyatakan identiti, sebagai insan merendah diri dan sopan.
Nabila atau mesra disapa Abil mendakwa, dia sudah lama mengenali individu terbabit yang mengajarnya sentiasa merendah diri.
“Saya kenal dia, dia bukanlah seperti yang diperkatakan. Dia amat merendah diri, sopan dan tenang. Dia ajar saya untuk hidup merendah diri.
“Saya terlalu mengenalinya, dia bukan begitu tetapi sekarang mana perempuan yang buat porak peranda?” katanya dalam video berkenaan.
Nabila juga mempersoalkan kenapa wanita terbabit tidak tampil bersuara. Tambahnya, wanita yang berstatus ‘datin’ itu tidak pernah berubah apabila suami terpaksa menanggung semua perbuatannya.
“Orang senyap sahaja tak cakap apa-apa dan tak dapat bersuara. Tetapi bukan tak dapat, boleh nak bersuara tetapi orang semua terlalu menghormati suami engkau. Kalau ikutkan bila-bila masa sahaja, lambat lagi orang nak takut dengan kau,” katanya lagi.
Pada 12 Julai, Abil memuat naik video sindirian yang ditujukan buat seorang wanita berstatus ‘datin’ yang dikatakan tidak pernah berubah, namun, dakwa Abil, video itu juga adalah monolog untuk ‘job’ terbaru yang bakal dijayakan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg