Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Neelofa kongsi detik hari bahagia Aisyah Aziz bersama abang ipar

Apr 14, 2025 | 11:17 AM
Neelofa berkongsi detik hari bahagia abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, yang diijab kabul bersama penyanyi Aisyah Aziz.
Neelofa berkongsi detik hari bahagia abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, yang diijab kabul bersama penyanyi Aisyah Aziz. - Foto INSTAGRAM WARNA942

Usahawan selebriti, Neelofa, sebak selepas abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dan penyanyi, Aisyah Aziz, yang berasal dari Singapura, sah bergelar suami isteri.

Neelofa, atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, memuat naik video memaparkan suasana majlis pernikahan pasangan itu di Masjid Al-Abdul Razak di Singapura pada 11 April lalu.

Dalam klip tersebut, Aisyah dilihat menangis ketika bersalaman dengan keluarganya selepas diijab kabul, sekali gus mengundang sayu Neelofa yang turut menitiskan air mata.

Menerusi hantaran sama, isteri kepada penceramah bebas, PU Riz, atau nama sebenarnya, Haris Ismail, turut berkongsi sorotan majlis persandingan yang diadakan pada sebelah malam.

View post on Instagram
 

Sebelum itu, Neelofa tidak ketinggalan membuat blog video atau vlog penerbangannya ke Singapura dari Kuala Lumpur bagi menghadiri hari bahagia Aisyah dan abang iparnya.

Menerusi ruang kapsyen video berkenaan, ibu dua anak itu meluahkan rasa syukur dan gembira menjadi saksi penyatuan dua insan itu.

Pada 14 April, Aisyah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Perkahwinan Aisyah, atau nama penuhnya, Nur Aisyah Aziz, 31 tahun, dengan abang PU Riz menjadikan penyanyi Entah Bila itu biras kepada Neelofa.

Dalam satu hantaran di media sosial, Aisyah berkata: “Mendakapi satu permulaan baru, insya-Allah. Berbesar hati jika anda dapat doakan kami.”

View post on Instagram
 

Aisyah memberitahu Berita Minggu Singapura sebelum ini beliau diselubungi ketenangan di ambang hari bahagianya membina mahligai impian.

Pada usia matang 31 tahun, beliau berkata beliau tidak rasa kegembiraan yang meluap-luap atau perasaan teruja yang sukar digambarkan dengan kata-kata, apabila diminta berbicara tentang hari pernikahan dan persandingannya.

Sebaliknya, beliau berkata fasa berbunga-bunga cinta mekar dalam hati dan gementar bercampur terlampau gembira untuk naik pelamin, sebagaimana yang dirasakan gadis lain, sudah lama ditinggalkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg