KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli, 40 tahun, terus menarik perhatian netizen di media sosial dengan ucapan selamat hari jadi yang mengusik jiwa buat anak perempuannya, Hawra Uqaira, kini berusia dua tahun.

Menerusi kemas kini hantaran di platform media sosialnya seperti Threads dan Instagram (IG), Kamal didapati memuat naik video kompilasi yang memaparkan Hawra selepas dilahirkan hingga membesar seperti sekarang.