Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pilihan panel Editor

Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel wartawan BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.
Dec 06, 2020 | 12:00 AM



Stadium tetap bergema walau hanya 200 penonton



Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel wartawan BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.



MENONTON bola sepak di stadium tidak sama dengan menonton sukan tersebut di rumah.



Suasana di stadium meriah dan hingar bingar, walaupun di rumah menawarkan tempat duduk sofa yang empuk dengan menghirup secangkir kopi membuat suasana santai, sambil mata 'terlekat' menonton aksi di televisyen.



Justeru langkah membenarkan peminat bola sepak menonton perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) di stadium amat dialu-alukan.



Perlawanan tersebut melibatkan Tampines Rovers menentang Geylang International di Our Tampines Hub (OTH) - kali pertama penonton dibenarkan di stadium sejak 14 Mac lalu.



Seramai 200 penonton - 150 bagi pasukan tuan rumah dan 50 bagi pasukan bertandang - dibenar memasuki stadium semalam, yang juga hari terakhir musim ini.



Ujian rintis itu untuk memastikan protokol logistik dan pergerakan wajar boleh dinilai dan dilaksana dengan selesa.



Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), perkembangan tersebut didorong kemajuan yang dinikmati sejak SPL disambung semula pada 17 Oktober lalu, termasuk pelaksanaan protokol menyeluruh dan ujian swab mandatori dua minggu sekali bagi semua pemain dan pegawai.



Hasilnya, tiada kes positif Covid-19 dikesan ke atas pemain atau kakitangan SPL sejak liga disambung semula.



Walaupun hanya 200 penonton, usaha membenarkan penonton masuk stadium satu langkah pertama menarik lebih ramai penonton menyaksikan SPL.



Ia diharap dapat mengembalikan 'dahaga' peminat menyaksikan aksi lebih hebat liga itu di musim akan datang. Sama- sama kita nantikan.




Sempadan SG-M'sia tutup, hotel JB pun tutup



BAGI sektor pelancongan Johor, pengunjung dari Singapura amat berharga.



Apakan tidak, apabila sempadan Singapura-Johor ditutup akibat pandemik Covid-19, padahnya buruk.



Akibatnya 13 hotel di Johor ditutup dengan kadar purata penginapan turun mendadak kepada hanya 27.66 peratus pada Ogos lalu.



Bahkan menurut Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sektor pelancongan di negeri itu antara paling terkesan akibat penutupan sempadan.



Orang Singapura tidak masuk Johor semasa pandemik ini, jadi kebanyakan perniagaan di situ yang bergantung pada perbelanjaan warga pulau ini terjejas.



Kerajaan Johor sedar betapa pentingnya pengunjung Singapura bagi sektor pelancongan negeri itu supaya ia dapat terus bernafas semula dan bertahan.



Oleh itu, pembukaan semula sempadan diharap dapat membantu mengembalikan kerancakan ekonomi terutama di Johor Bahru.



Namun sebelum berbuat demikian, bilangan kes Covid-19 perlu diturunkan dan kelompok jangkitan dihapuskan, sementara tempat-tempat kunjungan perlu menjalani pembersihan dan pembasmian virus.



Yang penting kita perlu bertanggungjawab mematuhi langkah jarak selamat dan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan, walaupun kita mungkin tidak lama lagi ada vaksin yang dapat membantu mencegah pandemik ini.




Teknologi selamatkan sektor F&B



MENTERI Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata sektor makanan dan minuman (F&B) di Singapura kini beransur pulih.



Bahkan banyak firma sektor itu kembali mencatatkan pendapatan penjualan ke paras 70-80 peratus sebelum Covid-19.



Antara faktor utama pemulihan ini ialah langkah yang diambil syarikat mendakap teknologi digital.



Lebih banyak restoran dan premis makanan malah didapati menjual makanan dan minuman secara dalam talian, meskipun selepas tempoh pemutus rangkaian jangkitan Covid-19 dihentikan.



Berdasarkan perangkaan, hampir 45 peratus penjualan dalam sektor khidmat makanan dilakukan dalam talian pada Mei semasa tempoh pemutus litar dilaksanakan - naik daripada sekitar 10 peratus yang dicatatkan pada Januari.



Menjelang September pula, sekitar satu dalam lima penjualan dilakukan dalam talian - lebih tinggi daripada tempoh sebelum pemutus litar.



Walaupun virus Covid-19 menjejas banyak perniagaan, namun ia telah mendorong dan meningkatkan pelaksanaan digital bagi banyak syarikat F&B di sini.



Kita mungkin tidak sedar, tapi pendigitalan mungkin penyelamat bagi kebanyakan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >