Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Korea, Kang Seo-ha, meninggal dunia

Jul 15, 2025 | 5:13 PM
Kang Seo-ha, meninggal dunia
Bintang drama Korea, Kang Seo-ha, 31 tahun, meninggal dunia akibat barah perut. - Foto INSTAGRAM MYLOVE_SEOHA

SEOUL: Bintang drama Korea, Heart Surgeons dan First Love Again, Kang Seo-ha, 31 tahun, meninggal dunia pada 13 Julai, selepas bertarung dengan barah perut.

Difahamkan, mendiang Kang menghidap barah sejak beberapa tahun lalu, namun merahsiakannya daripada pengetahuan umum.

Malah, Kang masih meneruskan pembikinan filem Magnaein, yang mana beliau memegang peranan utama sebelum pemergiannya, lapor agensi berita.

Kang adalah lulusan fakulti drama Universiti Seni Kebangsaan Korea dan mula meraih perhatian selepas muncul dalam video muzik lagu Getting Farther Away, dendangan Brave Guys pada 2012.

Antara projek lakonan mendiang adalah drama bersiri popular Schoolgirl Detectives, Assembly, Flowers of the Prison, First Love Again, Through the Waves, dan Nobody Knows.

Upacara penghormatan dan pengebumian mendiang Kang diadakan di Dewan Persemadian Hospital St Mary, di sini.

Upacara penghormatan terakhir akan berlangsung di dewan persemadian di lokasi sama, pada 16 Julai.

Mendiang Kang akan disemadikan di tanah perkuburan keluarga di Haman, Wilayah Gyeongnam, Korea Selatan, secara tertutup atas permintaan keluarga.

Pemergian Kang diratapi rakan selebriti dan peminat yang tidak putus-putus mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang melalui Instagram pelakon wanita itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg