Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon ‘Rozana Cinta 87’ terima tawaran haji dengan pelbagai emosi campur-baur

Bibiana Loyola Lee, atau Nur Habibah Abdullah, ingin perbaiki diri
Jun 3, 2025 | 10:34 AM
Bibiana Loyola Lee, atau nama Islamnya, Nur Habibah Abdullah, bersyukur menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan haji pada 2025, selepas dua kali mengerjakan umrah pada 2017 dan 2023
Bibiana Loyola Lee, atau nama Islamnya, Nur Habibah Abdullah, bersyukur menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan haji pada 2025, selepas dua kali mengerjakan umrah pada 2017 dan 2023 - Foto SINAR HARIAN

MAKKAH: Tiada apa yang diharapkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci kecuali memohon banyak keampunan daripada Allah.

“Saya nak mohon banyak-banyak keampunan daripada Allah swt. Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa saya,” demikian luah bekas penyanyi dan pelakon, Bibiana Loyola, atau nama Islamnya, Nur Habibah Abdullah, 55 tahun, yang merupakan antara 31,600 jemaah haji Malaysia terpilih menunaikan Rukun Islam kelima itu bagi musim 1446h/2025M.

Beliau yang pernah memegang watak utama dalam filem Rozana Cinta ‘87, arahan pengarah, Nasir Jani, turut berharap dapat istiqamah dalam melakukan ibadah sekembalinya ke tanah air kelak.

“Saya mengerjakan umrah pada 2017 dan 2023. Kali terakhir kerjakan umrah itu hati terdetik berdoa nak tunaikan haji. Alhamdulillah Allah jemput saya tahun ini (2025) sebagai tetamu-Nya.

“Masa terima tawaran (tunaikan haji) pelbagai perasaan datang. Gembira, takut, sedih, berdebar dan keliru, namun alhamdulillah saya dapat sampai tanah suci,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Abraj Al Tayseer, lapor laman Sinar Harian.

Kakak pelakon, Nur Aliah Lee, yang memeluk Islam pada 1991 itu berkata, beliau ke tanah Suci kali ini bersama sepupunya.

Mengakui banyak ujian ditempuhi untuk sampai ke tanah suci, ibu tiga cahaya mata itu memberitahu beliau lebih banyak mengamalkan sikap bersabar.

“Saya menabung sejak 25 tahun lalu, untuk datang ke sini dan bila sudah sampai banyak juga dugaan tapi saya banyak bersabar.

“Cuma apa yang bermain di kepala saya sekarang adalah bagaimana nak membawa diri selepas pulang menunaikan haji dan bagaimana penampilan selepas ini,” katanya.

Bekas vokalis kumpulan Skyfire itu berkata beliau kini terlibat dengan aktiviti kebajikan dan sentiasa berdoa supaya diberi petunjuk mengenai apa yang dilakukannya ketika ini.

“Saya doakan Allah beri saya petunjuk, adakah apa yang saya buat sekarang adalah baik atau ke arah lebih baik.

“Saya juga berharap amalan dilakukan diberikan ganjaran oleh Allah swt, dengan sebaiknya dan tidak lupa kepada Al-Quran,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg