Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Syafie Naswip tegas soal bayaran

Apr 21, 2025 | 1:50 PM
filem mantera, syafie naswip, pawagam malaysia
Filem ‘Mantera’ yang dijayakan pelakon Malaysia, Syafie Naswip, bakal menemui penonton di pawagam di Malaysia mulai 24 April. - Foto INSTAGRAM SYAFIE NASWIP

Pelakon Malaysia, Syafie Naswip, 32 tahun, pernah mengugut mahu membuat laporan polis gara-gara hampir dua tahun menunggu bayaran daripada syarikat penerbitan baru.

Bagaimanapun, beliau menerima bayaran daripada syarikat penerbitan drama berkenaan selepas ugutan dibuat, lapornya dalam laman web Berita Harian Malaysia (BHM).

Syafie berkata beliau tidak memusuhi pemilik syarikat penerbitan terbabit, sebaliknya, bersikap profesional dan bertegur sapa setiap kali berjumpa.

“Sebenarnya, ia kejadian lama. Mungkin masa itu saya masih muda, tapi alhamdulillah, sekarang saya sudah tak berdepan lagi masalah kelewatan bayaran.

“Sekarang, setiap kali dapat kontrak, saya akan teliti dari A hingga Z. Kalau janji A, saya akan pastikan dapat A.

“Saya tak cerewet, cuma kalau ada perubahan beritahu awal-awal, jangan ‘sidai’ saya (buat saya menunggu lama) Saya jenis suka berterus terang, itu lebih baik daripada nak bergaduh selepas kerja selesai.

“Sekiranya ada yang cuba nak ‘sidai’, saya akan desak. 

“Alhamdulillah, sekarang paling lewat saya akan terima bayaran dalam tempoh seminggu,” katanya kepada BHM, ketika berada di majlis tayangan perdana filem seram, Mantera.

Filem berkenaan diilhamkan daripada kisah Bobolian atau bomoh yang sinonim dengan kaum Dusun di Sabah, Malaysia.

Menurut Syafie, beliau perlu bersikap lebih tegas memandangkan kini beliau sudah berkeluarga.

Berkongsi pembabitannya dalam filem Mantera, terbitan Pro Merge Vision Sendirian Berhad, Syafie berkata beliau tidak kisah bekerja dengan syarikat penerbitan baru dengan niat membantu.

Biarpun pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) beberapa kali, Syafie tidak hanya memandang kepada penerbitan besar semata-mata.

Malah, beliau ingin membantu penerbitan Sabah melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

“Saya suka bekerja dengan orang baru, tak kisah filem besar atau kecil. Saya tidak memilih asalkan saya boleh belajar sesuatu. Saya nak juga kenal budaya orang luar.

“Mana tahu dengan kerjasama ini boleh beri peluang kepada pelakon dan pengarah dari Sabah untuk bersaing secara sihat dalam industri. 

“Bila ke sana, saya nampak kesungguhan mereka, tapi peluang dan ruang untuk tembusi Semenanjung Malaysia juga sukar,” tambahnya.

Filem Mantera dijadual menemui penonton di pawagam di Malaysia, pada 24 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg