Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Syazwan Zulkifly kembali bercinta dengan bekas tunang

Apr 17, 2025 | 2:25 PM
Pelakon Syazwan Zulkifly, tidak menolak kemungkinan bakal berkahwin dengan bekas tunang pada 2025, atas permintaan arwah ibunya.
Pelakon Syazwan Zulkifly, tidak menolak kemungkinan bakal berkahwin dengan bekas tunang pada 2025, atas permintaan arwah ibunya. - Foto INSTAGRAM SYAZWAN ZULKIFLY

Pelakon filem, Blood Brothers: Bara Naga, Syazwan Zulkifly, 38 tahun, mengakui hubungannya dengan bekas tunang yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli, 38 tahun, kembali bertaut.

Mengulas lanjut, Syazwan tidak menolak kemungkinan bakal menikahi bekas tunangnya pada 2025.

“Saya berkawan semula dengan bekas tunang. Kami putus pada 2020, tapi kami berbaik semula hingga sekarang.

“Cuma, saya tak mahu heboh kerana enggan perkara sama berulang. Hari itu beria beritahu bertunang, tapi tak jadi pula kahwin.

“Insya-Allah, kalau tiada aral melintang kami kahwin, tahun ini (2025),” lapornya dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM) ketika ditemui pada sidang media, Blood Brothers: Bara Naga, di Balai Berita, Kuala Lumpur, Malaysia.

Syazwan menambah, mereka tidak mempunyai masalah berbaik semula kerana perpisahan sebelum ini bukanlah isu besar.

“Pada masa itu, kami tak tahu sama ada nak teruskan hubungan atau tidak. Kami putus bukan sebab isu besar dan ia berlaku ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain sukakan kucing, saya kembali kepada bekas tunang kerana arwah emak paling selesa dengannya.

“Sebelum arwah meninggal dunia, kami memang ada perancangan mahu berkahwin.

“Dari tahun lalu (2024), arwah nak kami berkahwin,” ujarnya yang pernah bertunang dengan Syawariah pada 31 Ogos 2019 selepas 10 tahun berkawan rapat.

Namun begitu, ikatan tersebut terlerai pada 31 Mac 2020 tanpa mendedahkan punca perpisahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg