Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Zehra Zambri giat cari kerja tetap, berdepan kekangan kewangan

Jan 5, 2026 | 5:30 AM
Zehra Zambri, selebriti malaysia
Penyanyi dan bekas pembaca berita Malaysia, Zehra Zambri, kini mencari kerja sambil menguruskan kewangan sendiri dan berhasrat kembali aktif dalam nyanyian pada 2026. - Foto INSTAGRAM ZEHRA ZAMBRI

Penyanyi dan bekas pembaca berita Malaysia, Zehra Zambri, kini giat mencari peluang pekerjaan tetap dalam bidang penyiaran atau komunikasi demi kelangsungan hidupnya serta anak.

Zehra, 39 tahun, berkata tindakannya membuat hantaran mencari kerja di aplikasi Threads, baru-baru ini adalah salah satu ikhtiar selepas tawaran nyanyian kian berkurangan.

“Selepas tamat program Gegar Vaganza Musim 11 (GV11), tawaran memang banyak termasuk konsert dan undangan di Brunei, namun apabila musim baru bermula, momentum itu berkurang.

“Saya faham ramai menyarankan saya tampil dengan karya baru, tetapi saya mempunyai kekangan kewangan yang besar.

“Bajet banyak untuk menguruskan kos guaman yang sangat tinggi bagi kes mahkamah syariah dan sivil selepas isu perceraian,” katanya dalam laman web, Harian Metro.

Penyanyi lagu, Malam Yang Ganjil itu tidak boleh bergantung kepada kerjaya seni semata-mata kerana perlu melunaskan pelbagai komitmen termasuk hutang rumah dan bil, selain menjaga anak sepenuhnya.

“Anak kini di bawah jagaan saya sepenuhnya.

“Bapanya sudah tujuh bulan tidak menjenguk, saya pernah meminta wang untuk keperluan anak seperti lampin pakai buang dan susu menerusi mesej, namun tidak dilayan.

“Sebab itu saya rasa sukar sementara menunggu perintah nafkah mahkamah keluar yang dijadualkan bermula di Majlis Sulh, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 8 Januari ini,” ujar ibu seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, yang berusia tiga tahun.

Mengulas dakwaan beliau memilih kerja, Zehra menjelaskan hanya mahu mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan akademik dan pengalaman selama sembilan tahun dalam bidang penyiaran.

“Bukan memilih kerja, tetapi biarlah seiring dengan pengalaman saya. 

“Saya juga mempunyai ijazah sarjana dan ada peminat menyarankan saya menjadi ahli akademik. Saya sedang mempertimbangkan semua peluang itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Zehra turut mengakui kerjayanya terkesan akibat fitnah dan salah faham pihak tertentu mengenai kes dakwaan memukul suami sebelum ini.

“Hakikatnya, saya sudah ‘bersih’ daripada sebarang dakwaan.

“Pihak peguam akan mengeluarkan kenyataan rasmi kerana kami sudah mendapat maklum balas daripada Timbalan Pendakwa Raya tiada sebarang pendakwaan akan dibuat.

“Penat saya mahu menjawab tuduhan netizen yang melabel saya isteri derhaka atau kaki pukul.

“Orang lebih nampak perkara negatif sehingga lupa bakat dan keupayaan kita,” kata Zehra.

Meskipun sedang mencari kerja tetap, Zehra tetap menyimpan impian untuk kembali aktif menyanyi dan menyasarkan untuk memiliki lagu baru pada 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg