Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Zehra Zambri: Rumah tangga kami ibarat retak menanti belah

Mar 14, 2025 | 9:50 AM
Penyanyi Zehra Zambri memilih mengunci mulut mengenai punca sebenar beliau memfaikan cerai terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Penyanyi Zehra Zambri memilih mengunci mulut mengenai punca sebenar beliau memfaikan cerai terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin. - Foto BH ONLINE

PETALING JAYA: Penyanyi Zehra Zambri memilih mengunci mulut mengenai punca sebenar beliau memfaikan cerai terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 47 tahun.

Enggan membuka aib mana-mana pihak, Zehra, 37 tahun, berkata keputusan berpisah secara ‘fast track’ sebenarnya sudah dipersetujui oleh suaminya, jadi beliau berasa hairan proses itu dipanjangkan, lapor BH Online (Malaysia).

“Keputusan berpisah secara ‘fast track’ sudah dibincangkan dan dia tahu. Kami sudah bersetuju dan keputusan dibuat bukan sesuka hati. Sepatutnya boleh diselesaikan secara ‘fast track’, tetapi dia mengambil tindakan untuk memanjangkan, jadi saya ikut sahaja. Kalau dia nak nusyuz pun silakan.

“Kami ingin bercerai bukan disebabkan saya sertai program Gegar Vaganza (GV). Biarlah kami sahaja yang tahu sebab dan punca perceraian kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media dan tayangan program Raya Astro 2025 di Bandar Utama, di sini, pada 12 Mac.

Penyanyi ‘Semalakama’ itu menambah bahawa pendekatan sebegitu dibuat kerana tidak mahu mereka dihakimi sesuka hati oleh mana-mana pihak.

“Saya sehabis baik menutup aib rumah tangga, tidak perlu kongsi kepada umum kerana akan timbul pelbagai spekulasi yang buruk. Saya hanya akan kongsikan segalanya di mahkamah.” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zehra berkata dia tidak mampu mengawal mulut orang daripada terus melemparkan tohmahan dan fitnah terhadapnya.

“Orang luar tidak tahu apa yang saya lalui, teruskanlah buat tohmahan dan fitnah kepada saya. Hanya keluarga sahaja tahu apa yang saya alami.

“Saya sekarang ingin menjaga kesihatan mental dan mahu fokus kepada perkara baik-baik serta anak masih kecil.” luah Zehra.

Ditanya mengenai jalan untuk berdamai, Zehra berkata krisis rumah tangganya ibarat retak menanti belah dan tidak lagi mampu diselamatkan.

“Kalau soal usaha untuk selamatkan rumah tangga, saya sudah berusaha bertahun-tahun. Cuma, dia tidak mahu berdamai. Saya sudah berkorban selama tiga tahun untuk rumah tangga, berikan segala-galanya dan dia pun tahu,” ujarnya lagi.

Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 November 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan enam bulan dan mereka bercerai pada April 2018.

Nur Mohd Iqwan juga pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg