Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta Perdana rai bakat Melayu berbilang media

May 24, 2025 | 11:00 PM
Fir Rahman, Carmen Soo, Azura Goh, Pesta Perdana
Acara anugerah berprestij Singapura bagi meraikan bakat tempatan, Pesta Perdana 2025, dimulakan dengan segmen Pesta Perdana Glam 2025. Bersama hos Fadli Kamsani (paling kiri) ialah (mulai dua dari kiri) pelakon Fir Rahman, Carmen Soo, Hisyam Hamid, serta hos, Farhana M Noor dan Azura Goh. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Acara penuh gilang-gemilang yang meraikan bakat tanah air dan rantau ini yang mewarnai persada seni dan hiburan Singapura, Pesta Perdana 2025, kembali bagi edisi ke-18 pada 24 Mei. 

Bertemakan A Moment for a Lifetime atau Sedetik untuk Seumur Hidup, acara kali ini turut memperingati ulang tahun ke-25 saluran bahasa Melayu Singapura, Mediacorp Suria.

Majlis istimewa ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Tharman Shanmugaratnam serta isteri, Puan Jane Ittogi.

Acara tersebut dimulakan dengan segmen Pesta Perdana Glam – acara karpet merah yang menampilkan selebriti tempatan yang hadir lengkap dengan busana gah dan menarik perhatian.

Acara karpet merah itu dikendalikan oleh penyampai radio Ria 897, Azura Goh dan Fadli Kamsani, serta pempengaruh dan personaliti popular, Fikah Zainal dan Zhin Sadali.

Barisan pelakon bagi drama bersiri, ‘Bara’, yang mula ditayangkan pada lewat 1999 hingga 2004, (dari kiri) Khairudin Samsudin, Zan Sofiyan, Fidi Hassim dan anaknya, serta Elyani Hanim Mohamed.
Barisan pelakon bagi drama bersiri, ‘Bara’, yang mula ditayangkan pada lewat 1999 hingga 2004, (dari kiri) Khairudin Samsudin, Zan Sofiyan, Fidi Hassim dan anaknya, serta Elyani Hanim Mohamed. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Terdapat juga pelakon daripada drama bersiri popular seperti drama Bara, Anak Metropolitan dan Cinta Bollywood yang hadir di acara Pesta Perdana kali ini.

Anugerah Perdana Emas untuk mengiktiraf jasa individu yang telah membuat sumbangan besar dalam industri hiburan Melayu Singapura diberikan kepada pelawak mapan, Husin Saaban.

Dalam acara utama pada malam itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada juara pertandingan nyanyian realiti Singapura, Singapore Idol (dari musim pertama hingga ketiga iaitu), Taufik Batisah, Hady Mirza dan Sezairi Sezali, yang menyanyikan lagu ‘hit’ mereka.

Selain mengiktiraf program televisyen, acara itu turut menyambut pencapaian program radio dan rancangan digital pendek yang disiarkan sepanjang dua tahun lalu (2023 hingga Januari 2025).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg