Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puteri Sarah gembira Syamsul akhirnya pulang bertemu ayah, ibu

Sep 13, 2024 | 8:57 AM
Pertemuan pelakon Syamsul Yusuof bersama ayah dan ibunya, penerbit Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, turut disertai bekas isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana, dan anak mereka, Sumayyah.
Pertemuan pelakon Syamsul Yusuof bersama ayah dan ibunya, penerbit Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, turut disertai bekas isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana, dan anak mereka, Sumayyah. - Foto PATIMAH ISMAIL/INSTAGRAM

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya turut gembira apabila bekas mentua juga gembira,” kata pelakon Puteri Sarah Liyana, selepas bekas suaminya, pengarah kontroversi Syamsul Yusof, pulang ke rumah bertemu ibu bapanya pada 11 September.

Puteri Sarah, 39 tahun, berkata beliau tumpang gembira apabila Syamsul, 40 tahun, akhirnya pulang ke rumah bertemu ayah dan ibunya, penerbit Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Biarpun saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya gembira Syamsul akhirnya pulang ke pangkuan keluarga. Sudah bertahun papa dan mama tak jumpa Syamsul.

“Sebenarnya, Syamsul sendiri nak jumpa mereka. Cuma, saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu.

“Saya pulang ke rumah dulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek, sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, semuanya sudah selesai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Puteri Sarah, kehadirannya pada pertemuan itu tidak ada maksud atau niat lain, seperti yang didakwa netizen, iaitu kembali bersama Syamsul.

“Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini.

“Sekarang, saya mahu tenang-tenang sahaja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya,” katanya.

Syamsul menceraikan Puteri Sarah selepas bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Beliau lama tidak pulang ke rumah ibu bapanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira.

Bagaimanapun, pada 5 September Syamsul menceraikan Ira dengan talak satu selepas 21 bulan mereka berkahwin.

Sementara itu, Yusof meluahkan perasaan syukur dengan kembalinya anak yang dirindui ke pangkuan keluarga.

“Alhamdulillah, Syamsul sudah pulang ke pangkuan keluarga. Kami makan malam bersama, malam tadi.

“Syafiq pun ada sekali menyambut kepulangan abangnya. Inilah doa saya dan isteri yang dimakbulkan Allah.

“Kami tak pernah putus berdoa buat Syamsul selama ini,” katanya ketika dihubungi BH Online (Malaysia).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg