Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puteri Sarah kongsi tip jaga anak bersama bekas pasangan

Apr 28, 2025 | 10:26 AM
Puteri Sarah Liyana semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkannya  di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Sabtu.
Puteri Sarah Liyana semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkannya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Sabtu. - Foto BH ONLINE

KUALA LUMPUR: “Buang dendam, jangan bermusuh dan kekalkan hubungan yang baik demi anak anak,” kata pelakon Puteri Sarah Liyana, 40 tahun ketika berkongsi tip menjaga anak-anak dengan baik bersama bekas pasangan selepas berlakunya perceraian.

Puteri Sarah berkata beliau dan bekas suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof juga sepakat untuk mengekalkan hubungan baik demi masa depan anak-anak mereka.

“Kami memang bersetuju menjadi kawan baik demi anak-anak kerana mahu melihat mereka gembira.

“Kalau orang tanya susah ke untuk saya buang dendam itu?

“Bagi saya, ‘just let go’ (biarkan sahaja), sibukkan diri dan gembirakan diri sendiri,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Sabtu.

Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa antara karier seni, perniagaan, dengan anak-anak selepas bergelar ibu tunggal pula, kata Puteri Sarah, beliau bersyukur kerana ahli keluarga termasuk keluarga mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah banyak membantu.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syamsul juga tiada masalah selepas kami bercerai.

“Syamsul juga setuju untuk berjumpa dengan anak-anak pada setiap minggu.

“Kita semua termasuk ahli keluarga saya dan keluarga mentua juga memainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.

Pada masa sama, kata Puteri Sarah beliau kini memperlahankan aktiviti lakonan untuk memberi fokus pada perniagaannya yang juga sumber pendapatannya dan keluarga.

“Sebab itu saya kurangkan aktiviti lakonan dan lebih banyak kepada perniagaan sekarang kerana mahu lebih banyak masa bersama anak-anak.

“Selalunya, saya akan siapkan anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah dan selepas itu baru saya pergi ke pejabat.

“Saya juga sudah tetapkan bila balik dari pejabat saya akan terus bersama anak-anak di rumah,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7 tahun dan Sumayyah, 5 tahun.

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 14 Jun 2023.

Sebelum ini, media melaporkan hubungan Syamsul dan ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sudah kembali baik sejak penghujung 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg