Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Risaukan Bella, Puteri Sarah Liyana pinjamkan pengawal peribadi

Mar 21, 2025 | 12:11 PM
Puteri Sarah menyediakan pengawal peribadi agar keselamatan sahabat baiknya, Bella ketika berada di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada 19 Mac, terjamin.
Puteri Sarah menyediakan pengawal peribadi agar keselamatan sahabat baiknya, Bella ketika berada di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada 19 Mac, terjamin. - Foto INSTAGRAM PUTERISARAHLIYANA

KUALA LUMPUR: Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40 tahun, mengakui meminjamkan seorang pengawal peribadi menemani Bella Astillah di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada 19 Mac.

Puteri Sarah berkata usaha menyediakan pengawal peribadi wanita itu bertujuan memastikan keselamatan Bella sepanjang berada di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Iya, itu ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) saya dan anak-anak. Memang betul saya pinjamkan dia untuk temani Bella.

“Saya tidak mahu komen banyak-banyak, cukup jika kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan,” katanya kepada BH Online Malaysia pada 20 Mac.

Puteri Sarah berkata pengawal peribadi terbabit juga bertindak sebagai pemandu dan juga pembantu peribadi.

“Beliau ditugaskan menjaga saya dan anak-anak. Dia yang hantar saya pergi ‘shooting’ dan anak-anak ke sekolah.

“Sebelum ini, saya ada pembantu peribadi. Namun, dengan kes penculikan yang membimbangkan, saya ambil keputusan mengupah pengawal peribadi,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg