Pada usia 32 tahun, penyanyi tempatan, Danial Baharin, pernah merasakan peluangnya untuk kembali menyerlah dalam industri muzik kian menipis, apatah lagi setelah hampir dua dekad meninggalkan dunia nyanyian.

Perasaan rendah diri itu hampir menyebabkan beliau menarik diri daripada sesi uji bakat pertandingan nyanyian Suara 2.0, anjuran Wisma Geylang Serai (WGS), pada 2020, meskipun sudah menerima undangan pihak penganjur.