Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rizal Rasid alami masalah kesihatan sewaktu konsert Big Stage

Jun 12, 2025 | 6:56 PM
Rizal Rashid, Big Stage Alpha, pentas akhir
Penyanyi asal Brunei dan peserta dalam pertandingan ‘Big Stage Alpha’, Rizal Rashid akui mempunyai masalah kesihatan suara disebabkan kurang rehat. - Foto HARIAN METRO

Bintang pertandingan realiti Malaysia, Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rasid, 29 tahun, mengakui dirinya mengalami masalah kesihatan ketika membuat persembahan pada minggu separuh akhir (8 Jun).

Menurut Rizal atau nama sebenarnya Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid, masalah kesihatan yang dialaminya berpunca daripada kekurangan rehat kerana jadual yang terlalu padat sepanjang minggu persiapan.

“Mungkin saya tak cukup rehat beberapa hari lalu sebab jadual sangat padat.

“Waktu tidur kami juga tidak menentu dan ada benda penting yang perlu diselesaikan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di acara Big Stage Alpha Showcase yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun.

Penyanyi kelahiran Brunei Darussalam itu, berkata beliau sudah mendapatkan rawatan di klinik dan doktor mengesahkan tekaknya mengalami bengkak dan luka berpunca dari tekanan vokal yang berlebihan ketika melakukan latihan nyanyian.

“Mungkin sebab saya terlalu ‘push’ untuk menyanyi. Kalau dengar suara saya sekarang pun, sebenarnya saya tak sepatutnya bercakap.

“Tapi sebab semangat dan minat, saya tetap teruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Rizal turut memohon doa daripada semua peminat agar kesihatannya kembali pulih sebelum pentas akhir BSA.

Beliau bakal membawakan lagu Mencari Cinta Sejati yang dipopularkan penyanyi Indonesia, Cakra Khan buat konsert akhir.

Dalam minggu terakhir, Big Stage Alpha, tujuh peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei akan bersaing untuk membuktikan kelayakan mereka dalam kumpulan ‘boyband’.

Selain Rizal, finalis lain terdiri daripada Daniel Sher, Rizal Rasid, Ray-D, Izat Ibrahim, Ariel Fesol, Araff dan Afiq Sky.

Konsert akhir Big Stage Alpha yang melihat Elly Mazlein dan Rina Nose sebagai pengacara disiarkan secara langsung mulai 9 malam dari Shah Alam Royal Theater pada Ahad, 15 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg