Sarimah, Fazura kecewa dengan situasi industri hiburan sekarang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sarimah, Fazura kecewa dengan situasi industri hiburan sekarang

Jul 4, 2025 | 5:36 PM

Sarimah, Fazura kecewa dengan situasi industri hiburan sekarang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Che Puan Sarimah Ibrahim
Pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim. - Foto fail BH

KUALA LUMPUR: Dua pelakon popular, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Nur Fazura tampil meluahkan rasa kecewa terhadap suasana industri hiburan yang semakin dipenuhi unsur negatif sejak kebelakangan ini.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Thread, Sarimah menyifatkan pertelingkahan terbuka dan pembongkaran aib sesama penggiat seni sebagai perkara paling menyedihkan yang disaksikannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu.

“Perkara yang paling menyedihkan yang saya saksikan dalam dua tiga tahun kebelakangan ini ialah pertelingkahan, perselisihan dan pembongkaran aib secara terbuka dalam industri kita.

“Industri filem, televisyen dan muzik kita sangat kecil. Kita sepatutnya berdiri bersama, di set penggambaran mahupun di atas pentas. Bukan berpecah atau saling menentang,” tulisnya.

Sarimah turut menyeru semua pihak agar menghentikan sikap saling menjatuhkan, sebaliknya membina sokongan yang sihat dan membina, lapor Harian Metro.

“Saya benar-benar berharap kita dapat saling menyokong. Memang ada ruang yang cukup untuk semua orang berjaya tanpa perlu menjatuhkan sesiapa, sama ada di set penggambaran mahupun di atas pentas,” tulisnya.

Sementara itu, Fazura pula berkongsi pandangan selari apabila menyifatkan industri hiburan kini semakin mundur akibat sikap negatif yang berlarutan dan tidak terkawal.

“Industri ini semakin penat dan semakin mundur akibat sikap negatif yang berterusan. Kebencian dan rasa tidak selamat yang tidak berasas dan tiada henti membunuh bakat, hubungan serta kreativiti,” tulisnya membalas hantaran Sarimah.

Fazura turut menekankan bahawa perubahan hanya dapat berlaku apabila penggiat seni memiliki cara berfikir yang lebih sihat dan kematangan dalam bertindak.

“Satu-satunya jalan ke hadapan ialah dengan memiliki pemikiran yang lebih positif dan sikap yang lebih matang tetapi saya tidak nampak ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

Kenyataan dua selebriti berpengaruh ini mengundang sokongan ramai netizen yang turut menyuarakan harapan agar industri hiburan tempatan kembali subur dengan semangat saling menyokong, bukannya saling menjatuhkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg