Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas terpisah lebih sebulan, Amar, Amyra bersyukur dapat rai Aidiladha bersama

Jun 8, 2025 | 12:36 PM
Amyra Rosli, Amar Baharin, Aidiladha, #JourneyToTanahHaram, berbasikal
Amyra Rosli (kanan) bersyukur suaminya, Amar Baharin (kiri), berpeluang pulang lebih awal daripada yang dijangkakan pada 5 Jun, untuk berpuasa bersama-sama bagi Hari Arafah, dan kemudian menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak mereka, Ayra Aryssa (dua dari kanan) dan Aqeef Anaqi. - Foto INSTAGRAM AMYRA ROSLI

Pelakon Amyra Rosli bersyukur dapat meraikan Aidiladha bersama suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.

Amyra, atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, berkata beliau menjangkakan Amar tidak akan pulang menyambut Aidiladha bersamanya dan keluarga memandangkan pengembaraan #JourneyToTanahHaram dijangkakan mengambil masa tiga bulan.

“Alhamdulillah, Amar pulang Khamis lalu (5 Jun). Jika tidak penerbangannya sampai Jumaat, tapi alhamdulillah, tiba awal. Kalau diikutkan, Amar cakap tiga bulan melengkapkan misi pengembaraan, namun hanya sebulan lebih sahaja.

“Ia direncanakan selama tiga bulan sebab nak lalu India dan Pakistan, tapi tidak boleh, jadi dapatlah pendekkan masa. Sebelum bergerak, saya sedih jugalah fikir saya akan raya seorang diri, tapi saya fikir tak mengapalah.

“Nampaknya, Allah izinkan saya dapat beraya dengan suami. Alhamdulillah, kami dapat berpuasa pada Hari Arafah bersama,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Berkongsi mengenai keadaan terkini Amar, Amyra berkata suaminya dalam keadaan baik dan telah mengadakan majlis kesyukuran secara kecil-kecilan bersama keluarga, pada 7 Jun.

“Keadaan Amar baik kerana cukup rehat di Madinah selama lebih kurang lima hari. Lega dapat jumpa suami. Benda pertama Amar cakap bila jumpa, dia rindukan kami,” kata Amyra.

Berkongsi mengenai pengorbanannya sebagai isteri, Amyra berkata beliau menyokong minat suami dan sentiasa berfikiran positif.

“Sebenarnya, saya tidaklah berkorban sangat, cuma izinkan sebab itu minat Amar. Saya kena sokong apa suami suka. Apa yang dilakukan pengalaman yang jarang orang lain dapat.

“Saya tidaklah menguruskan banyak benda baru, tapi saya belajar untuk menjadi lebih berdikari. Saya suka uruskan hidup sendiri dan bila Amar tiada pun, saya mampu uruskan sendiri.

“Saya boleh uruskan semua benda dengan baik, dari segi anak, keluarga, kerja, urusan rumah tangga dan segala-galanya. Sebenarnya, Allah beri peluang untuk saya merasakan pengalaman berdikari,” katanya lagi.

Misi kayuhan Amar dan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin di bawah program #JourneyToTanahHaram ditamatkan di Madinah.

Amar dan Qobin, yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia, memulakan kayuhan dari Perlis merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran, sebelum tiba di Arab Saudi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg