Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia

Pelakon asal S’pura alami sesak nafas ketika hadiri program di Ampang
May 6, 2025 | 12:46 AM
Allahyarhamha Sophia Ibrahim berasal dari keluarga seni, dengan datuknya adalah penggiat bangsawan, Aman Belon, manakala dua adiknya adalah bintang 1970-an/1980-an terkenal, Allahyarham Latiff Ibrahim, dan Datuk Khadijah Ibrahim. Anaknya, Haireel, pula adalah daripada kumpulan Kool.
Allahyarhamha Sophia Ibrahim berasal dari keluarga seni, dengan datuknya adalah penggiat bangsawan, Aman Belon, manakala dua adiknya adalah bintang 1970-an/1980-an terkenal, Allahyarham Latiff Ibrahim, dan Datuk Khadijah Ibrahim. Anaknya, Haireel, pula adalah daripada kumpulan Kool. - Foto BHM

Seniwati legenda, Sophia Ibrahim, 77 tahun, meninggal dunia di sebuat pusat rawatan di Ampang, kira-kira 7.15 malam pada 5 Mei.

Sebelum itu, Sophia atau nama sebenarnya, Safiah Ibrahim, yang juga pelakon kelahiran Singapura dilaporkan mengalami sesak nafas ketika menghadiri program di Hotel Grand Barakah Ampang.

Pelakon veteran, Datuk Tommei Tumiran, yang berada di hospital berkata jenazah Allahyarhamha Sophia sedang diuruskan sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang.

“Seperti dimaklumkan anaknya, arwah mengalami sesak nafas. Semalam (4 Mei), dia dalam keadaan baik sahaja dan pergi beraya bersama dengan rakan artis veteran.

“Tapi, dia sesak nafas dan dibawa ke hospital, petang tadi (5 Mei).

“Sekarang saya berada di hospital, jenazah masih lagi diuruskan sebelum dibawa ke rumah anak saudaranya di Taman Samudera, Batu Caves, malam ini,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Tommei berkongsi jenazah Allahyarhamha Sophia dijangka dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, pada pagi 6 Mei..

Sophia mula aktif di pentas hiburan sejak era 1960-an. Antara filem lakonannya adalah Dr Rushdi yang diarah dan dibintangi Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970.

Pada Ogos 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui Setiausaha Politik, Farhan Fauzi, menghulur sumbangan kepada Sophia bagi meringankan kos pembedahan matanya.

Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P. Ramlee (1964) sebagai Safiah, pendukung watak utama dalam filem tersebut walaupun umur beliau ketika itu hanya 15 tahun.

Pada1965, beliau berlakon dalam filem Dajal Suchi. Pada 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad, beliau menjayakan filem 

Filem lain yang dijayakan ialah Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2.

Sophia datang daripada keluarga seni. Arwah datuknya, Aman Belon, mempunyai kumpulan bangsawan pada 1950-an, Aman Belon yang sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera.

Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.

Sophia tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang.

Beliau anak sulung daripada 10 beradik, termasuk pelakon dan penyanyi, Allahyarham Latiff Ibrahim, dan penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim.

Anak Sophia pula adalah penyanyi dan penggubah lagu, Mohd Khairi “Hairee” Yaacob, daripada kumpulan Kool.

Al-fatihah buat Allahyarhamha Sophia Ibrahim. Moga ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati.

Salam takziah buat keluarganya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg