Sezairi impikan kehidupan lebih tenang pada 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sezairi impikan kehidupan lebih tenang pada 2026

Feb 8, 2026 | 5:30 AM

Sezairi impikan kehidupan lebih tenang pada 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sezairi sezali
Penyanyi sekali gus penggubah lagu, Sezairi Sezali tubuhkan label rakaman sendiri, Offlane Records, pada 2025. - Foto MEDIACORP

Perjalanan ulang-alik dari Jakarta ke Singapura telah menjadi sebahagian hidup penyanyi asal Kota Singa, Sezairi Sezali, demi memenuhi tuntutan kerjaya seni yang kini melebarkan sayap di Indonesia.

“Sejujurnya, saya seronok berulang-alik. Tak dinafikan, lapangan terbang di Jakarta kini sudah seperti Changi. Ada kalanya, saya sudah tidak dapat membezakan lagi antara keduanya,” seloroh Sezairi, 38 tahun, dalam wawancara ringkas bersama Berita Minggu (BM).

Dalam 12 tahun membina kerjaya seni di sana, pelbagai suka dan duka telah ditempuhi.

Sezairi turut mencapai kejayaan baharu dengan menubuhkan label rakaman sendiri, Offlane Records, pada 2025, bersama isteri, Syaza Qistina Tan, 36 tahun.

Bukan sekadar teman hidup, isteri Sezairi kini rakan sekerja, dan bagi dirinya, pengalaman itu sukar diungkapkan.

“Saya dan isteri saya, Syaza, kini lebih selesa bertutur dalam bahasa Indonesia.

“Antara kelebihan isteri saya, dia mudah menguasai bahasa baru.

“Dia belajar bahasa Perancis dan bahasa Indonesia kerana perlu memahami dan membaca kontrak.

“Pada awalnya, saya rasa janggal kerana perlu bekerja dengan isteri saya.

“Namun, saya mensyukuri setiap peluang yang ada. Lama-kelamaan, rasa seronok pula.

“Lebih manis lagi, isteri saya bukan sahaja teman hidup, tetapi juga rakan sekerja,” katanya dengan penuh keterujaan.

Sezairi akui selepas membina label rakaman sendiri, memiliki kebebasan penuh dalam berkarya bukanlah sesuatu yang mudah dan kadang-kadang menakutkan.

Mujurlah, penyanyi lagu Memory itu turut dibantu pasukan yang membina dan saling menyokong antara satu sama lain dari Bandung, Jakarta dan juga Singapura.

Ini turut memberi ruang pada dirinya untuk mengasah lagi kemahiran sebagai penerbit lagu.

“Saya rasa ini satu cabaran yang menarik.

“Memiliki kawalan penuh terhadap muzik saya sendiri memang menakutkan, tetapi pada masa yang sama ia memberi peluang untuk berkembang dan mencipta sesuatu yang benar-benar melambangkan diri saya,” ceritanya.

Apabila diminta menceritakan kenangan manis di Singapura sepanjang setahun terakhir ini (2025), Sezairi tidak dapat melupakan detik istimewa berkongsi pentas buat kali pertama bersama juara Singapore Idol (Musim Pertama), Taufik Batisah dan juara Singapore Idol (Musim Kedua), Hady Mirza.

Detik bersejarah itu tercipta apabila mereka berkongsi pentas bagi menyemarakkan lagi suasana acara yang mengiktiraf bakat tempatan, Pesta Perdana 2025, yang berlangsung di Teater Mediacorp.

Tak cukup itu, Sezairi bersama Taufik dan Hady, disatukan kembali dalam pesta sambutan Tahun Baru 2026 anjuran Mediacorp, Let’s Celebrate 2026 – Party By the Beach, di pantai Siloso.

Antara lagu yang dibawakan ialah Dynamite, nyanyian asal kumpulan K-Pop, BTS dan Everybody daripada kumpulan Backstreet Boys.

“Taufik benar-benar tahu setiap perincian tentang persembahan, dan dia seorang penghibur yang handal. Boleh menari, dan boleh menyanyi dengan baik.

“Namun, ramai mungkin tidak akan jangka beliau juga handal di studio rakaman dan mampu menghasilkan lagu sendiri.

“Saya sangat menghormati Taufik kerana kemampuannya itu.

“Hady pula seorang yang berani ambil risiko.

“Jika disuruh lakukan sesuatu, tanpa berfikir panjang beliau akan jawab, ‘Okey, boleh’,” jelas Sezairi, yang menekankan kelebihan dan kekuatan setiap idola Singapura itu.

Menyentuh azam 2026, Sezairi mendahagakan peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih tenang dan damai, jauh daripada kesibukan rutin harian dan tekanan dunia hiburan.

Persembahan bagi acara Let’s Celebrate 2026 – Party By the Beach, boleh ditonton semula melalui aplikasi mewatch.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg