Shaheizy Sam ‘gantung mikrofon’, tumpu jadi pelakon serba boleh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shaheizy Sam ‘gantung mikrofon’, tumpu jadi pelakon serba boleh

Pelakon filem ‘Polis Evo’, ‘Adnan Sempit’ tak endah dianggap pendek atau kurang kacak, lebih pentingkan kedalaman lakonan
Feb 19, 2026 | 2:25 PM

Shaheizy Sam ‘gantung mikrofon’, tumpu jadi pelakon serba boleh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
shaheizy sam, pelakon filem Malaysia
Hampir lebih 30 tahun meniti perjalanan seni, pelakon Malaysia, Shaheizy Sam, mengakui pernah dihimpit rasa rendah diri terhadap penampilan fizikalnya yang bertubuh rendah serta dianggap tidak kacak untuk menjayakan watak ‘hero’. - Foto HARIAN METRO

Hampir lebih tiga dekad meniti perjalanan seni, pelakon filem bersiri Polis Evo, Shaheizy Sam, 43 tahun, mengakui pernah dihimpit rasa rendah diri terhadap penampilan fizikalnya yang bertubuh rendah serta dianggap tidak kacak untuk menjayakan watak ‘hero’ dalam industri perfileman di Malaysia.

“Ada beberapa halangan yang saya lalui untuk membina nama kerana rata-rata pelakon yang berjaya ketika itu berwajah ‘Pan-Asian’ (wajah kacukan) dan persis model berkulit putih, tinggi dan wajah ‘jambu’ seperti pelakon Eizlan Yusuf.

“Selain itu, saya turut berasa sukar untuk memasuki industri seni kerana saya pendek dan tidak kacak.

“Namun, saya bersyukur kerana Allah swt tak jadikan saya suka bergaul, tapi seorang pemikir dan percaya mesti ada jalan keluar kerana Allah Maha Adil,” kata Sam, atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, dalam satu sesi wawancara bersama Harian Metro.

Bagaimanapun, ketika itu, Sam berkongsi peristiwa berkurung dalam bilik dan membuat kajian mengenai kejayaan bintang filem di Hollywood.

“Saya mula membuat perbandingan dengan pelakon Hollywood, yang mana saya mula fikir nak jadi macam siapa?

“Pelakon seperti Al Pacino dan Tom Cruise, yang kita lihat hebat di layar, sebenarnya pendek seperti saya. Jadi, kenapa mereka boleh berjaya, kita tidak?”

“Orang ramai tak pandang wajah ‘Pan-Asian’ di Hollywood.

“Bagaimana pula pelakon pendek seperti Al Pacino dan Tom Cruise mampu berjaya dan menang di hati penonton?” jelas bapa tiga anak berusia antara tiga dengan lapan tahun itu.

Dengan itu, Sam mengambil pendekatan mengetengahkan kemahiran lakonannya yang tiada pada orang lain untuk memenangi tempat di hati penonton serta peminat.

“Mungkin saya tiada rupa dan ketinggian, tapi saya kena ada kemahiran yang pelakon lain tak ada.

“Saya mula berkurung dalam bilik di rumah dan menonton banyak filem – tiga hingga empat filem setiap hari – dan mendalami aspek lakonan,” kata pelakon filem Badak itu lagi.

Di samping itu, beliau turut berkongsi tentang penglibatan awalnya dalam dunia seni sebagai pelakon kanak-kanak berusia 12 tahun, ketika namanya sering dibayangi kakaknya yang juga pelakon, Datin Sri Zizie Izette, yang lebih dahulu melangkah ke pentas industri hiburan tanah air.

“Semuanya bermula pada 1993, yang mana saya selalu menemani Zizie berlakon dan saya pun dapat peluang berlakon sikit-sikit.

“Pada peringkat awal berlakon, saya memang menumpang nama Zizie sebab saya tidak ada perancangan nak jadi pelakon pun sebelum itu,” tambahnya.

Rezeki menyebelahi Sam apabila beliau berpeluang menjadi pelakon menggantikan individu yang tidak dapat hadir, sekali gus bergandingan dengan kakaknya, Zizie, dalam filem Kekasih Awal dan Akhir.

Dalam naskhah tersebut, Zizie memegang watak sebagai adik kepada pelakon Sofea Jane.

“Pada mulanya, saya hanya menemani Zizie, tapi pelakon yang sepatutnya berganding dengan dia tak datang ke set penggambaran dan watak itu digantikan dengan saya,” ujar pelakon drama Aku Bukan Bimbo itu.

Bakat lakonan Sam terus mendapat perhatian ketika ditawarkan oleh pengarah Dr Ahmad Idham Nadzri, untuk berlakon dalam drama bersiri Impak Maksima bagi siaran stesen televisyen, TV3, dan drama bersiri KL Menjerit untuk saluran Astro Ria.

Tawaran itu memberinya ruang untuk menyerlahkan bakat lakonan yang dimiliki.

Lebih memberangsangkan lagi, bakat lakonan Sam turut dikesan oleh pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang turut menawarkannya berlakon dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, sebaris dengan Nabila Huda dan Johan Raja Lawak.

Selepas kejayaan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Sam terus ditawarkan penerbit Metrowealth iaitu David Teo, untuk beraksi dalam filem terbitannya seperti Adnan Sempit dan Kongsi.

Meskipun menempa nama sebagai pelakon, ramai tidak tahu cita-cita sebenar Sam ketika meniti usia remaja adalah untuk menjadi penyanyi.

“Bila pergi karaoke dengan keluarga dan sepupu, mereka tak sangka saya boleh menyanyi.

“Dari situ, saya beritahu pada ibu saya tentang keinginan untuk menjadi penyanyi dan beliau ikut sahaja,” kongsi Sam, yang juga anak kepada pelakon veteran, Khaty Fauziah Musa.

Sekitar 1997 dan 1998, Sam pernah menubuhkan kumpulan genre ‘hip-hop’ dan R&B iaitu M.O.B (Members of Blood), selepas tamat sekolah.

Selain Sam, kumpulan itu turut terdiri daripada dua anggota lain termasuk, Syed Hussein (Saint) dan Shear Khan.

Kumpulan itu berhasil bertahan dalam industri hiburan selama lapan tahun sejak ditubuhkan pada akhir 1990-an.

“Dari zaman sekolah lagi, sekitar kawasan Taman Melawati, kumpulan ‘hip-hop’ dan R&B yang membuat persembahan meningkat naik.

“Jadi, kami pun menubuhkan kumpulan M.O.B, walaupun masih berusia 15 tahun.

“Kami buat persembahan pada setiap Sabtu. Pada masa sama, saya masih berlakon jika ada tawaran kerana ia juga sumber pendapatan saya.

“Dari segi pencapaian pula, kumpulan kami juga dikenali dalam masyarakat ‘hip-hop’ dan R&B serta penyanyi ‘rap’ dalam tempoh itu,” singkapnya.

Kumpulan M.O.B sempat merancang untuk menciptakan sebuah album.

Susulan itu, mereka berjumpa dengan Datuk Ahmad Izham Omar, dari syarikat pengurusan Positive Tone pada 2021.

“Ahmad Izham sudah rancang untuk buat album M.O.B, tapi tidak kesampaian apabila beliau menyertai label rakaman, EMI, dan seterusnya ke stesen televisyen, TV3.

“Namun begitu, kami juga sudah tiada keinginan untuk meneruskan projek pembikinan album itu.

“Maka, kami memutuskan untuk membawa haluan masing-masing, yang mana Syed Hussein kini bersama kumpulan Ruffedge dan saya kembali pada bidang lakonan,” kata Sam.

Jika diikutkan kehendak hati, Sam berasa kecewa apabila perlu meninggalkan kerjaya nyanyiannya, walaupun ia bermula sekadar hobi.

“Menyanyi bukan serius mana pun, tapi lebih pada hobi dan cara untuk melangkah ke dalam industri seni di Malaysia.

“Namun, antara 2021 dengan 2023, saya mula menyedari sudah tiba masanya untuk meninggalkan kerjaya nyanyian secara perlahan-lahan dan kembali menumpukan perhatian kepada lakonan,” ujar Sam.

Menyanyi bukan serius mana pun, tapi lebih pada hobi dan cara untuk melangkah ke dalam industri seni di Malaysia. Namun, antara 2021 dengan 2023, saya mula menyedari sudah tiba masanya untuk meninggalkan kerjaya nyanyian secara perlahan-lahan dan kembali menumpukan perhatian kepada lakonan.
Shaheizy Sam.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg