Topik diikuti
Pergi ke BHkuSiti Hasmah sempat tunai hajat ketemu kumpulan Kopratasa sebelum meninggal dunia
Siti Hasmah sempat tunai hajat ketemu kumpulan Kopratasa sebelum meninggal dunia
Menurut anggota kumpulan muzik Kopratasa, Usop, beberapa hari sebelum Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 September, Allahyarhamha telah minta untuk bertemu dengan kumpulan itu.
Usop, atau nama penuhnya, Mohd Yusof Ahmad, berkongsi pertemuan tersebut berlangsung semasa Kopratasa dijemput mengadakan persembahan dalam konsert Beyond The Stage 2026, yang berlangsung pada 23 September.
Konsert anjuran Universiti Multimedia (MMU) yang terletak di Cyberjaya, Malaysia itu menampilkan persembahan daripada Orkestra Simfoni Sounds of Hasmah – sebuah orkestra yang dinamakan sempena Allahyarhama Dr Siti Hasmah sendiri.
Justeru, acara itu turut diserikan dengan kehadiran Allahyarhamha, yang digelar sebagai ‘Ibu Universiti MMU’.
Acara gilang-gemilang itu diadakan di Dewan Tun Canselor, MMU Cyberjaya bermula 8 hingga 10.30 malam.
“Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah cakap kenapa umur 100 tahun baru beliau jumpa Kopratasa.
“Semasa berbicara, beliau beritahu bahawa beliau minat betul dengan lagu Permata Untuk Isteriku dan Masihkah Kau Ingat.
“Allahyarhamha banyak bercerita tentang masa silam dari kecil.
“Antaranya ialah ayahnya suruh beliau main biola bersama dua orang kakaknya.
“Allahyarhamha juga bercerita pasal zaman penjajahan Jepun dulu.
“Bayangkan selama ini kami tak pernah jumpa.
“Rupanya ini permintaan terakhir Allahyarhamha, untuk minta Kopratasa menyanyi dengan beliau.
“MMU pun terpaksa panggil Kopratasa pada saat-saat akhir,” katanya dalam laman web, Harian Metro.
Menurut beliau, dahulu Allahyarhamha memang tidak dapat berjumpa mereka kerana kesibukan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa menjadi Perdana Menteri.
“Memang tiada ruang langsung untuk bertemu Allahyarhamha.
“Namun, yang hairannya, beliau yang minta kepada MMU untuk menjemput Kopratasa datang buat persembahan sekali.
“Malam itu kami pun menyanyikan lagu Permata Untuk Isteriku, Masihkah Kau Ingat dan Gubahanku nyanyian Broery Marantika (penyanyi asal Indonesia).
“Ketiga-tiganya merupakan lagu kegemaran arwah,” katanya.
“
“Allahyarhamha Tun Dr Siti Hasmah cakap kenapa umur 100 tahun baru beliau jumpa Kopratasa. Semasa berbicara, beliau beritahu bahawa beliau minat betul dengan lagu Permata Untuk Isteriku dan Masihkah Kau Ingat... Bayangkan selama ini kami tak pernah jumpa. Rupanya ini permintaan terakhir Allahyarhamha, untuk minta Kopratasa menyanyi dengan beliau.”