Topik diikuti
Pergi ke BHkuSiti Nurhaliza terbabit dalam kemalangan di KL
Siti Nurhaliza terbabit dalam kemalangan di KL
Dikejarkan ke sebuah hospital, alami lebam dan bengkak pada kaki
Siti Nurhaliza terbabit dalam kemalangan di KL
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza dikejarkan ke sebuah hospital akibat mengalami lebam dan bengkak pada kaki, selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2 Lebuhraya Maju (MEX) dekat Seri Kembangan pada 16 April.
Kejadian berkenaan berlaku selepas kereta yang dinaiki penyanyi terkenal itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara, selepas mengadakan persembahan di RedQ AirAsia di Sepang, lapor Harian Metro.
Pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi hantaran di Threads memaklumkan penyanyi terbabit berada dalam keadaan baik dan berterima kasih atas doa orang ramai.
“Salam semua. Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang @ctdk.
“Kami (dengan) dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2) berlaku kemalangan.
“Empat kereta terlibat termasuk kereta dinaiki @ctdk, dan kereta dinaiki saya serta @cteafairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang.
“Kami membawa @ctdk keluar daripada kereta yang (terlibat dalam) kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.
“@ctdk telah ke hospital, mengalami lebam/bengkak bahagian kaki.
“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas semua (doanya),” kongsinya.
Beliau membuat hantaran berkenaan selepas netizen berkongsi gambar, apabila ternampak Siti Nurhaliza berdiri di tepi lebuh raya dengan kereta remuk sambil mendoakannya selamat.
