Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fadzil Sitizoner meninggal beberapa jam setelah dikunjungi Tok Ti

Dec 25, 2025 | 11:17 PM
Siti Nurhaliza, Sitizoner, Fadzil
Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat melawat peminat setianya, Allahyarham Mohd Fadzil Redzuan, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Disember. - Foto LAMAN ASTRO GEMPAK

Sebak Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dibuatnya apabila seorang peminat setianya yang dikenali sebagai Fadzil Sitizoner dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi 25 Disember.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi @sitizonemy yang berkongsi berita dukacita pemergian Allahyarham Mohd Fadzil Redzuan, lapor laman Astro Gempak.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.

“Dukacita ingin memaklumkan bahawa sahabat Sitizoners kita semua, Mohd Fadzil bin Redzuan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.42 pagi tadi (25 Disember 2025).

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga beliau. Al-Fatihah,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Siti sempat meluangkan masa menziarahi Allahyarham Fadzil yang ketika itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.

Dalam satu sidang media Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, penyanyi lagu Cindai itu kelihatan sebak dan meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan bertemu antara peminat setianya sebelum pemergian.

Bagi Siti, Allahyarham Fadzil bukan sekadar peminat, sebaliknya antara individu yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjalanan seninya sejak sekian lama.

Pemergian Allahyarham nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah komuniti peminat Sitizoners yang mengenali keperibadian arwah sebagai seorang yang setia, rendah hati dan penuh kasih terhadap seni Siti Nurhaliza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg