Sophia Albarakbah bantu kakak jual air kelapa di bazar Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sophia Albarakbah bantu kakak jual air kelapa di bazar Ramadan

Minat, pilihan lebih sihat dan menyegarkan antara lahirnya idea niaga
Feb 19, 2026 | 4:04 PM

Sophia Albarakbah bantu kakak jual air kelapa di bazar Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sophia albarakbah
Pada bulan puasa ini, pelakon jelita, Sophia Albarakbah, sibuk membantu kakaknya, Sharifah Nurulawwal, yang juga seorang pereka fesyen, menjual air kelapa pandan asli di Bazar Ramadan Stadium Merdeka, di Kuala Lumpur. - Foto INSTAGRAM SOPHIE KOHSKA

Pada bulan puasa ini, pelakon jelita, Sophia Albarakbah, atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, sibuk menjual air kelapa pandan asli bersama kakaknya, Sharifah Nurulawwal, yang juga seorang pereka fesyen, di Bazar Ramadan Stadium Merdeka, di Kuala Lumpur.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, idea niaga berikut lahir daripada minatnya terhadap minuman itu, yang disifatkannya sebagai pilihan lebih sihat dan menyegarkan, terutama sebagai pelengkap juadah berbuka puasa.

“Tahun ini (2026), saya dan kakak akan menjual air kelapa pandan yang memang asli.

“Kalau tiada penggambaran, saya akan bantu kakak di bazar.

“Saya memang suka air kelapa sebab kurang gemar minuman yang terlalu manis dan bergula.

“Selalunya di bazar, air kelapa dijual dalam balang dengan dicampur gula dan ais.

“Tetapi, kami jual yang asli kerana lebih sihat kalau minum terus dari buah kelapa,” kata Sophia, dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau ditemui BHM pada program, Ramadan Raya 2026: Jwanjih Kenyang (RR2026), anjuran stesen televisyen, TV3 di Banglo 289, baru-baru ini.

Sophia turut berkata antara tujuan utama beliau memulakan perniagaan air kelapa asli kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai agar menikmati minuman itu secara semula jadi, tanpa campuran gula dan ais.

“Kadangkala, ketika berada di bazar Ramadan, saya sendiri mempersoalkan kebersihan ais yang tersedia dalam minuman.

“Air kelapa kami menjadi pilihan lebih sihat.

“Terdapat kandungan elektrolit yang baik untuk tubuh badan. Saya juga mahu galakkan orang ramai untuk kurangkan pemakanan gula,” jelasnya.

Mengulas sambutan yang diterima, Sophia akur akan berlapang dada kerana itu menjadi asam garam dalam dunia perniagaan.

“Kami akan terbuka dan menghargai setiap maklum balas daripada pembeli, itu yang paling utama.

“Bagaimanapun, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

“Saya mula berniaga kerana memang minat sangat dengan air kelapa,” ujar pelakon drama, Obsesi Dia itu.

Terdahulu, tular di laman Threads berhubung kenyataan Sophia yang beliau akan berniaga air kelapa pandan di Bazar Stadium Merdeka sepanjang Ramadan ini, sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan untuk keluarga.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memberikan semangat kepada Sophia di atas tindakannya untuk muncul membantu adik-beradik berniaga air kelapa pandan di bazar Ramadan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memeriahkan lagi kempen RR2026 anjuran TV3, menerusi pembabitannya dalam drama, Bisik Asmara Kita, yang turut dibintangi pelakon, Zul Ariffin.

Drama berkenaan bakal ditayangkan setiap hari, mulai 21 Mac hingga 19 April, pada 8 malam di laman TikTok Drama Sangat dan aplikasi Tonton.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg