Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syafiq Kyle julang anugerah Rising Star’ Festival Filem Asia Pasifik Ke-62

Aug 18, 2025 | 5:30 AM
Syafiq Kyle, bersyukur dipilih menerima Anugerah FPA Asia Pacific Rising Star sempena Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-62, hasil prestasi cemerlangnya dalam industri perfileman Malaysia.
Syafiq Kyle, bersyukur dipilih menerima Anugerah FPA Asia Pacific Rising Star sempena Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-62, hasil prestasi cemerlangnya dalam industri perfileman Malaysia. - Foto INSTAGRAM SYAFIQ KYLE

Pelakon versatil Malaysia, Syafiq Kyle, 33 tahun, mengharumkan nama negara di seberang Tambak apabila dipilih menerima Anugerah FPA Asia Pacific Rising Star sempena Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-62.

Festival yang bertujuan mengangkat martabat serta menghargai karyawan filem di seluruh Asia Pasifik itu bakal berlangsung antara 29 November dengan 6 Disember 2025.

Pengumuman mengenai bintang filem, Blood Brothers: Bara Naga, itu dibuat pada sidang media penganjuran APFF di Malaysia, pada 11 Ogos.

Setiausaha Agung Persekutuan Penerbit Filem di Asia Pasifik (FPA), Pansha, berkata pemilihan Syafiq, atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, adalah hasil penilaian sebulat suara jawatankuasa kecil penganjur berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam industri perfileman Malaysia.

“Anugerah ini diperkenalkan tahun ini (2025) bagi menaikkan lagi taraf APFF yang kini memasuki edisi ke-62.

“Kami sebulat suara memilih Syafiq bagi memberi peluang kepada pelakon muda pula. 

“Kita tidak mahu setiap tahun hanya pelakon veteran diiktiraf.

“Syafiq adalah pelapis dunia perfileman yang paling menyerlah ketika ini. Siapa tahu pengiktirafan ini bakal membuka lebih banyak peluang untuknya menyerlah di pentas Asia.

“Kami juga berharap penghargaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelakon muda lain,” kata Pasha dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Di samping itu, beliau turut mempercayai potensi Syafiq untuk menembusi pasaran Asia.

Sementara itu, menerusi kenyataan video, Syafiq meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada penganjur atas pengiktirafan berprestij itu.

“Saya sangat bersyukur dengan peluang mewakili Malaysia di pentas serantau ini. 

“Tidak sabar untuk bersama anda semua pada malam anugerah yang bakal berlangsung Disember nanti,” ungkapnya.

Edisi kali ini menyaksikan pengarah ikonik yang terkenal menerusi filem, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Peter Pau, dilantik sebagai ketua juri.

Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi acara kemuncak APFF ke-62 dengan 21 kategori dipertandingkan.

Sementara itu, semua filem bertanding akan ditayangkan di GSC Cinemas di Malaysia, selaku Rakan Pawagam Rasmi festival tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg