Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terima banyak bahan lucah di media sosial, Sophia AlBarakbah tekad lapor polis

Selain bahan lucah, juga terima pesanan kata-kata kesat yang menghina
Aug 14, 2024 | 12:56 PM
Sophia AlBarakbah berkata beliau sedang mengumpulkan bukti untuk membuat laporan polis mengenai kiriman lucah yang diterimanya secara kerap di media sosial.
Sophia AlBarakbah berkata beliau sedang mengumpulkan bukti untuk membuat laporan polis mengenai kiriman lucah yang diterimanya secara kerap di media sosial. - Foto INSTAGRAM SOPHIEKOSHKA

PETALING JAYA: Pelakon gaya seksi, Sophia AlBarakbah berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang mengirim bahan lucah kepadanya menerusi media sosial.

Menurut Sophia, 31 tahun, beliau sering menerima bahan-bahan lucah daripada pengguna media sosial yang ‘tidak bermaruah’.

Sehingga 50 peratus pesanan di media sosial yang diterimanya berunsur sedemikian, kata beliau, kepada media di Malaysia.

Ini termasuk komen berbaur lucah atau hinaan terhadap dirinya.

“Saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh. Saya tidak tahu jika bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.

“Saya sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti kata-kata kesat dan perkara tidak senonoh semua saya buat tangkap layar untuk dijadikan bukti supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Terserah kepada kalian semua jika mahu terus melakukan perkara itu. Ada banyak yang saya nampak tinggalkan mesej tidak senonoh, jadi saya simpan semuanya sebagai bahan bukti,” katanya.

Sophia berkata demikian semasa ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Harimau Malaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sopha berkata beliau mengelak membaca komen negatif mengenai dirinya demi memastikan keadaan mentalnya kuat dan baik.

“Pada awalnya, tentu saya terkesan. Tapi saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa. Jadi saya cuba untuk tidak terlalu baca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis semuanya,” kata Sophia.

Sophia dengan kontroversi bak jarang berpisah.

Sejak 2023, beliau telah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk yang melibatkan pelakon dan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz.

Perkembangan itu mendorong beliau memberitahu wartawan pada awal 2024 beliau ingin membuka lembaran baru dalam hidup dan kerjaya dan enggan ditenggelami gosip yang menjejas periuk nasinya.

“Cukuplan gosip yang ada... saya tidak mahu terus diganggu atau kisah silam diungkit. Saya enggan nama saya menjadi terkenal kerana saya berpalit gosip. Sebaliknya, saya mahu saya dikenali sebagai seorang pelakon yang berkeupayaan,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg