Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada jodoh antara Mas Idayu, Sufian Che Isa, selepas tiga tahun bina mahligai

May 6, 2025 | 12:54 AM
Tiada jodoh antara penyanyi, Mas Idayu, dan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, apabila mereka berpisah pada 4 Mac 2025.
Tiada jodoh antara penyanyi, Mas Idayu, dan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, apabila mereka berpisah pada 4 Mac 2025. - Foto fail

Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54 tahun, mengesahkan beliau dan isterinya yang juga penyanyi dangdut, Mas Idayu, 53 tahun, sudah bercerai pada 4 Mac lalu.

Sufian, ketika dihubungi, berkata, ikatan perkahwinan hampir tiga tahun yang dibina terlerai di Mahkamah Syariah Shah Alam dan disifatkannya sebagai tiada jodoh lagi antara mereka.

“Memang betullah gosip itu. Kami sudah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja.

“Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini sahaja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan ini.

“Pada usia sudah tua, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sufian, beliau sedar tiada pasangan yang berkahwin mahu bercerai, tetapi urusan jodoh ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa dan sebagai hamba-Nya, mereka harus terima dengan reda.

“Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengannya dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik.

“Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program,” katanya.

Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022 yang juga perkahwinan kali kedua masing-masing.

Mereka difahamkan sudah mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008, namun semakin rapat pada 2021 yang membawa pada pernikahan.

Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon, Aman Graseka, pada 1997 dan bercerai pada 2006. Mereka juga dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27 tahun.

Sufian juga pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya, dan turut berakhir dengan perceraian. Mereka juga memperolehi seorang cahaya mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg