Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tragedi pelajar UPSI: Mangsa trauma lihat teman meronta, masuk longkang dan meninggal depan mata

Jun 9, 2025 | 10:07 PM
upsi, nahas bas, meninggal
Cik Aleeya Maisarah Azizzani masih trauma dengan pengalaman melihat rakan-rakan seuniversiti meronta, dengan ada yang termasuk ke dalam longkang dan sudah tidak lagi bernyawa. - Foto BHM

GERIK: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Cik Aleeya Maisarah Azizzani, 21 tahun, yang terselamat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, pada 9 Jun, begitu pilu.

“Saya nampak mereka meronta-ronta, ada yang tersepit dan ada yang tiba-tiba senyap. Waktu itu saya tahu, mereka sudah tiada,” ceritanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM), ketika ditemui.

Menurutnya, ketika kejadian, beliau masih berjaga dan menyedari bas yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.

“Saya perasan bas macam tak stabil masa masuk selekoh. Tiba-tiba ia jatuh ke kiri dan kena pembahagi jalan.

“Saya duduk di belakang, jadi saya tak nampak sangat keadaan depan. Tapi lepas itu baru tahu ada Perodua Alza juga terbabit,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan situasi ketika itu sangat kelam-kabut dan menyedihkan apabila ramai penumpang cedera parah dan menjerit meminta tolong.

“Saya tak mampu nak bantu sangat sebab belakang saya sakit teruk,” katanya yang bengkak di kepala dan kaki terseliuh.

Mengimbas semula detik cemas itu, beliau berkata suasana dalam bas gelap, namun beliau masih dapat melihat rakan-rakan yang cedera parah termasuk yang tersepit serta tidak sedarkan diri.

“Ada yang terperangkap dan meronta. Ada juga yang saya nampak duduk dalam longkang… rupa-rupanya dah meninggal.

“Ada juga yang kata kepala dia pecah, tapi saya tak tengok. Saya hanya dengar orang sebut.

“Saya memang tak tidur masa tu. Dari awal lagi, bila bas masuk lopak, saya dah rasa tak sedap hati,” katanya yang masih dalam keadaan trauma.

Kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI itu, mengorbankan 15 nyawa, 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg