Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas pelajar UPSI: Ketupat rendang bertabur dalam bas, tak sempat dijamah

Jun 9, 2025 | 5:52 PM
Bungkusan rendang dan ketupat yang tidak sempat dijamah mangsa nahas bas yang mengorbankan lima pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Bungkusan rendang dan ketupat yang tidak sempat dijamah mangsa nahas bas yang mengorbankan lima pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). - Foto SINAR HARIAN

GERIK: Bungkusan rendang dan ketupat antara yang ditemui bertaburan dalam bas yang terbabit dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada 9 Jun.

Juadah Raya itu dipercayai menjadi bekalan pelajar universiti berkenaan untuk pulang ke kampus mereka di Tanjung Malim sempena Aidiladha.

Tinjauan di lokasi nahas turut menemui barangan peribadi milik pelajar terlibat termasuklah kasut sukan, bantal, anak patung, wang kertas serta pakaian dengan sebahagiannya berlumuran darah.

Lebih memilukan apabila kesan darah masih segar di dinding dan lantai bas serta di pembahagi jalan yang remuk, mencerminkan dahsyatnya impak pelanggaran yang meragut nyawa itu.

Kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza itu mengakibatkan bas terbabit hilang kawalan, terbalik dan tertusuk besi pembahagi jalan, lapor laman Sinar Harian.

Serpihan kenderaan turut dilihat bertaburan di kawasan semak serta longkang berhampiran.

Semasa kejadian, bas tersebut membawa 42 penumpang, kesemuanya pelajar UPSI dalam perjalanan pulang dari Jerteh, Terengganu ke UPSI di Tanjung Malim.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan meninggal dunia sementara yang lain cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik dan Hospital Baling di Kedah.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan kemalangan berkenaan sebagai antara tragedi berdarah paling menyayat hati dalam sejarah institusi itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg