Vokalis Hujan Noh Salleh selamat jalani pembedahan meski depan risiko jejas pita suara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vokalis Hujan Noh Salleh selamat jalani pembedahan meski depan risiko jejas pita suara

Jan 21, 2026 | 4:32 PM

Vokalis Hujan Noh Salleh selamat jalani pembedahan meski depan risiko jejas pita suara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
noh salleh, vokalis hujan, pembedahan, pita suara
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, jalani pembedahan tulang belakang di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC), pada 19 Januari. - Foto INSTAGRAM MOHAMMADNOHBINSALLEH

Menurut Noh, pembedahan itu dilakukan bagi merawat masalah tulang belakang bahagian tengkuk, C6 dan C7, yang menyebabkan saraf terhimpit sehingga mengakibatkan kebas tangan serta sakit belakang kronik, lapor Berita Harian Malaysia.

“Selesai pembedahan semalam di UKMSC.

“Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 dan C7 yang menyebabkan saraf terhimpit, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai mengganggu pergerakan, termasuk mengangkat baby Tara.

“Proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan Profesor Datuk Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin.

“Yang buat tak best adalah lokasi pembedahan betul-betul di belakang pita suara saya, risikonya besar kepada organ yang menjadi punca rezeki,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram pada 20 Januari.

Bagaimanapun, Noh meluahkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudahkan.

“Tapi Allah jaga. Alhamdulillah. Mohon kawan-kawan doakan agar proses penyembuhan dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Noh mengakui turut berdepan kebimbangan kerana masih mempunyai komitmen persembahan yang perlu dilunaskan.

“Risau? Ya. Sebab ada persembahan Sabtu ini,” tulisnya ringkas.

Noh turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus memberikan sokongan moral sepanjang proses rawatan.

“Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan, keluarga dan rakan-rakan.

“Terima kasih Abah yang menghantar dan mengambil saya.

“Terima kasih Mummy dan Yaya yang menjaga Tara dan Athira di rumah.

“Budak-budak Hujan Band dan Suffren, terima kasih kerana datang memberi kejutan.

“Terima kasih juga UKM Specialist Centre yang menjaga saya,” kongsinya.

Menurut Noh, pada awalnya beliau tidak berhasrat berkongsi mengenai pembedahan itu kepada umum, namun terpaksa berbuat demikian selepas gitaris Hujan, AG Coco, memuat naik fotonya di hospital.

“Sebenarnya malas nak cerita, tapi AG kongsi foto beliau melawat saya. Saya pula penat nak jawab satu persatu,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg